Malaysia Dateline

Pendoktrinan minda dan kempen bumi hangus

Kempen PRU15 terutama di platform TikTok menjadi agen pendoktrinan minda anak muda untuk mewujudkan sentimen perkauman dan agama.

Ternyata Pakatan Harapan kalah di TikTok yang dimomokkan dengan isu kaum yang mudah untuk mendapat keuntungan namun kesannya amat buruk kepada generasi akan datang.

Pengguna Facebook Mohd Mukhlis Mohd Shariff menyifatkan kalahnya PH di Tiktok kerana ramai yang tidak faham apa sebenarnya yang dihadapi negara.

“Sebab itu dari saya dari awal lagi kata kita kena kempen secara baik, sebab lepas PRU nanti kita juga yang sama-sama kena bina negara.

“Tapi ada parti yang macam punyai sumber yang tidak terhad, sampai boleh bayar pempengaruh dengan bayaran yang lumayan.

“Itu tak masuk lagi yang berkempen dengan sentimen perkauman & agama, fakta yang half truth tanpa memikirkan dosa dan pahala,” katanya.

Bagi Mukhlis, bermain api sentimen amat mudah untuk mendapat ‘quick gain’, tapi kesan jangka panjang adalah pada anak muda yang tidak mahir dengan politik, mereka akan terdedah dengan politik kebencian.

“Sebab itu sampai ada peceramah yang boleh mengeluarkan fatwa syurga dan neraka untuk mana-mana pengundi yang mengundi parti selain dari parti pilihan mereka,’ katanya.

Budaya ini katanya jika tidak di tegur oleh asatizah dan pemimpin politik, akan menyemarakan kebencian sesama rakyat Malaysia dan sangat berbahaya untuk masyarakat yang rencam.

“Mereka mungkin berbangga telah berjaya menang perperangan dengan cara tidak beretika, tapi apa yang mereka tinggalkan adalah legasi bumi hangus yang di baham api perkauman dan agama yang sempit.

“Moga Allah selamatkan negara kita ini dari pemimpin yang tidak amanah, khianat dan lemah,” katanya.