Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penduduk BM City tuntutan  aspek  keselamatan  diberi perhatian
Antara penduduk yang membuat bantahan aman di Kompleks BM City, Bukit Mertajam.

Penduduk BM City tuntutan aspek keselamatan diberi perhatian

MOHD ALI HASHIMJanuary 24, 2020 11:23 am




Lebih 500 penghuni dan keluarga yang mendiami Kompleks BM City, Bukit Mertajam menzahirkan rasa bimbang mengenai keselamatan mereka setelah puluhan aduan yang dibuat sehingga kini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ekoran rasa tidak puas hati tersebut, mereka telah mengambil tindakan mengadakan bantahan aman di kompleks tersebut bagi menuntut supaya nasib mereka dan keluarga dibela.

Tan Chin Te 

Menurut Pengerusi Pertubuhan Pemilik Kompleks BM City, Tan Chin Tee, aduan telah pun dibuat kepada pihak Jabatan Bomba pada 16 Oktober 2018 lagi menuntut supaya siasatan dibuat terhadap pintu rintangan api, pemadam api serta perkara yang berkaitan dengan

keselamatan bangunan dan penduduk sekiranya berlaku kebakaran.

“Keselamatan kami terancam kerana tiada jaminan sekiranya berlakunya kebakaran sedangkan kediaman kami adalah di tingkat yang lebih tinggi.

“Sekiranya berlaku kebakaran secara besar-besaran, adalah dibimbangi keselamatan kami dan keluarga terancam.

“Kami telah pun membuat aduan kepada pihak majlis perbandaran serta Lembaga Arkitek Malaysia supaya siasatan dilakukan mengenai kedudukan tersebut, ” jelasnya.

Manakala seorang lagi penduduk yang ditemui, Zainudin Yaacob pula berkata, keselamatan penduduk harus diberi keutamaan oleh semua pihak kerana ia melibatkan nyawa.

“Kami telah pun membuat laporan polis pada 15 Disember 2016 dan 29 Disember 2016 serta 13 Julai 2017 dan juga 11 November 2017.

“Apa yang kami yakin terdapat penyelewengan sehinggakan alat pencegahan kebakaran termasuk pintu rintangan api tidak ada dan boleh mengancam nyawa ratusan penduduk di sini.

“Oleh kerana itu adalah diharapkan nasib kami dapat diberi pembelaan yang sebaik mungkin oleh pihak yang telah pun menerima aduan, ” tegasnya.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang ditemui, Muniandy Perumal pula berkata, seharusnya tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa setelah perkara ini berlarutan sehingga 2020.

“Janganlah apabila sudah terjadi kebakaran atau kemalangan jiwa yang besar barulah kita hendak tergesa-gesa mengambil tindakan.

“Sebenarnya nyawa penduduk di sini tidak harus dipertaruhkan dan kami amat mengharapkan wakil rakyat kawasan ini membantu mengambil tindakan bagi meringankan beban dan kebimbangan kami.

“Kami juga telah membuat laporan kepada SPRM sejak tahun 2017 lagi dan amat mengharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang cuai dan lalai sehingga mempertaruhkan nyawa penduduk di sini, ” tambah beliau ketika ditemui.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Rakyat tidak mahu tindakan yang menghakis sistem demokrasi berparlimen

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production