Penduduk di selatan Thailand terkejut empangan kering, perkampungan tenggelam muncul semula

Penduduk di selatan Thailand terkejut empangan kering, perkampungan tenggelam muncul semula

Sebuah empangan di Ban Too (Kg.Too) di dearah Yala, selatan Thailand mengejutkan penduduk sekitar apabila kering walaupun tiada kemarau.

Empangan yang terletak di tepi lebuh raya Yala-Bentong ini mulai surut dengan cepat bermula awal bulan Jun 2016 ketika umat Islam sedang menjalani ibadah Puasa.

Yang anehnya empangan tidak mengalami kerosakan seperti pecah dan tidak bocor, bahkan air sungai yang mengalir di atas bukit di empangan ini turut kering.

Ini menyebabkan berlakunya beberapa perkampungan yang setelah sekian lama tenggelam ketika awal kejadiannya muncul kembali.

Menurut seorang penduduk berdekatan yang ditemui, Ustaz Zaid, pada asalnya, kawasan empangan yang mengalami kekeringan ini merupakan satu kawasan kampung yang terdiri daripada orang Islam, siam, dan orang Asli.

“Majoriti penduduk bekerja sebagai petani. Namun , pada tahun 1982 sekitar 34 tahun yang lalu, suatu perkara yang tidak dijangka berlaku di kampung tersebut.

“Hujan tanpa berhenti-henti dan menyebabkan air naik dikawasan kampung serta menyebabkan berlakunya banjir.Macam tak percaya kata Ustaz Zaid

“Kesan daripada kejadian tersebut, penduduk berpindah ke kampung yang lain seperti Kampung Kam Chai untuk masyarakat manakala penduduk bukan islam dan masyarakat Islam di kapong joh, satu penempatan ‘santi’, seperti felda di Malaysia,” cerita beliau yang merupakan seorang pawang (pengamal perubatan tradisional Melayu).

Pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya kepada para pengunjung, mengapakah perkara seperti ini berlaku?

Adakah merupakan satu peringatan Allah s.w.t kepada penduduk sekitar dan masyarakat dunia bahawa dunia semakin menghampir penghujungnya?

Atau kerana perbuatan manusia itu sendiri seperti dalam firman Allah s.w.t Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud, 
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.

Seharusnya, para cendekiawan dan pengkaji perlu membuat penelitian untuk mengetahui punca sebenar kejadian ini.

Adakah disebabkan sikap manusia itu sendirimembuat kerosakkan seperti membuat penebangan yang secara berleluasa?

Jikalau perkara seperti ini berlaku, akan memberi kesan kepada semua yang membekal tenaga hidroelektrik seperti tasik Kenyir di Malaysia.

Apabila dikatakan membuat penebangan hutan secara berleluasa, perlu diamati jika berlaku di negeri Kelantan akiviti tersebut dan ini akan menyebabkan berlakunya malapetaka seperti kekeringan empangan.

Sebagaimana yang diketahui, punca sumber kuasa yang digunakan oleh masyarakat dunia ini terdiri daripada petroleum, hidroelektrik dan arang batu.

Dasar empangan kering kontang

Jika punca ini semakin berkurangan, tidak mustahil kita akan kembali semula kepada zaman yang menggunakan tenaga kudrat disebabkan penggunaan alatan yang menggunakan tersebut seperti kereta, mesin dan sebagainya tidak dapat digunakan.

Justeru, sama-sama kita renung dan memikir sejenak tentang sesuatu kejadian yang aneh berlaku di luar pengetahuan kita.

Sebagai seorang Islam, segala ini merupakan kebesaran kuasa Allah SWT.