Penduduk lapor polis penyelewengan penempatan semula setinggan

Penduduk lapor polis penyelewengan penempatan semula setinggan

Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kampung Desa Melayu, Majidi Bahru, Johor Bahru hari ini membuat laporan polis berhubung isu penyelewengan dalam pembahagian rumah untuk penempatan semula penduduk setinggan Kampung Desa Melayu.

Menurut pengerusinya, Razali tahir, 59, laporan polis itu dibuat berikutan terdapatnya unsur-unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam pembahagian unit-unit rumah Flat Desa Melayu.

Beliau berkata, terdapat penafian hak milik penduduk asal Kampung Desa Melayu yang telah dijanjikan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abd Samad sewaktu taklimat yang pernah diberikan kepada penduduk kampung terhadap penempatan baru itu.

Beliau juga menjelaskan, wujud pemilikan untuk penyewaan yang berlaku dalam kes pembahagian rumah di flat tersebut dan pembahagian rumah itu tidak diuruskan oleh pihak Pejabat Perumahan Negeri dan pemaju Tebrau Teguh.

“Penduduk serta anak penduduk asal telah dinafikan hak mereka dan ada penduduk atau penyewa asal juga telah dinafikan daripada memiliki unit rumah tersebut sedangkan dalam taklimat Datuk Shahrir Samad sebelum ini menjanjikan sebaliknya.

“Saya mempersoalkan mengapa pembahagian unit-unit rumah tersebut tidak dilakukan oleh pihak Pejabat Perumahan Negeri dan pemaju Tebrau Teguh sebaliknya ia telah diuruskan oleh orang tengah yang berkepentingan,” katanya.

Sehubungan itu, turut wujud pemilihan dan pembahagian unit rumah yang dikendalikan oleh pihak Umno Bahagian Johor Bahru bagi menguruskan soal pembahagian rumah di Flat Desa Melayu tersbeut.

Sebelum ini, penduduk telah membuat laporan polis serta laporan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka fail siasatan terhadap berlakunya kes salah laku dan rasuah yang terjadi dalam pembahagian unit rumah di flat berkenaan.

Penduduk turut ditemani Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Johor Bahru, Rosli Kemin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Stulang, YB Andrew Chen Kah Eng dan pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan yang lain sewaktu membuat laporan polis di balai polis Johor Bahru Central

COMMENTS

Wordpress (0)