Penduduk Malaysia meningkat 32juta

Penduduk Malaysia meningkat 32juta

Jumlah penduduk Malaysia mencecah 32.2 juta orang pada suku ketiga (Julai hingga September) tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan statistik demografi bagi Q3 tahun ini, jumlah penduduk itu mencatatkan peningkatan 1.3 peratus berbanding 31.7 juta pada suku ketiga 2016.

Berdasarkan laporan itu, 129,500 kelahiran hidup dilaporkan pada suku ketiga tahun ini, berkurangan 0.3 peratus berbanding 129,900 pada suku ketiga 2016.

Secara purata, jumlah kelahiran hidup pada suku ketiga tahun ini adalah 43,200 sebulan, katanya dalam kenyataan berhubung statistik demografi bagi suku ketiga 2017 yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Uzir berkata sejumlah 40,700 kematian direkodkan pada suku ketiga tahun ini berbanding 40,900 yang direkodkan pada suku ketiga tahun lepas.

Secara purata, katanya, jumlah kematian pada suku ketiga tahun ini adalah 13, 600 sebulan, katanya.

4.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 0.0
CATEGORIES
TAGS