Penduduk merana tanpa lif selama 25 hari

Penduduk merana tanpa lif selama 25 hari

Salah seorang penduduk menunjukkan lif yang tidak boleh digunakan sejak 25 hari lalu.

Kira-kira 1000 penduduk pnagsapuri Mutiara Fadason di Kepong Kuala Lumpur terpaksa menanggung derita 25 hari hidup tanpa perkhidmatan lif.

Satu daripada dua lif yang berfungsi baru-baru ini telah rosak pada 20 Ogos lalu di blok C, Mutiara Fadason.

Pangsapuri tersebut mempunyai 3 blok, A, B dan C, dan setiap blok disediakan dua lif, namun sejak setahun yang lalu hanya satu lif sahaja dibuka gara-gara disaman oleh pihak DOSH kerana tidak menjaga lif dengan baik.

Hasil daripada tinjauan Malaysia Dateline mendapati, penduduk merana terpaksa menanggung beban untuk turun naik tangga yang mempunyai 18 tingkat itu.

Wakil Penduduk, Jessie Rajandran (gambar kanan)  berkata, terdapat warga tua, Orang Kurang Upaya (Oku) dan pesakit yang tinggal di kawasan tersebut yang terpaksa turun naik tangga untuk ke kediaman masing-masing.

“Kami difahamkan kos bagi membaiki lif untuk kesemua blok bernilai RM434 600, dan kami berharap agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menolong penduduk di sini.

“Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri telah mengadakan satu mensyuarat agung luar biasa pada 29 Julai lalu untuk. menyelesaikan isu ini, namun sampai sekarang masih tiada tindakan daripada mereka,” ujarnya kepada media hari ini.

Jelasnya, beliau akan mendapatkan tandatangan daripada 200 penduduk di sini untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) campurtangan untuk mengambil alih penyelenggaraan ketiga-tiga blok itu.

Sementara itu, wakil JMB yang juga bendahari, Song Kok An berkata, hutang yang ditinggalkan pemerintah lepas, terlalu banyak menyebabkan isu ini berterusan sehingga ke hari ini.

“Kami mempunyai masalah kewangan dengan hutang hampir RM1juta perlu diselesaikan namun, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin,”katanya kepada media disini hari ini.

Dalam pada itu, wakil penduduk yang ditemui terpaksa menahan seksa untuk menjalani rawatan kesihatan jantungnya, kerana tidak mampu untuk naik dan turun tangga.

Shahrul Hamid

Penduduk tingkat 15, Zulkifli Sungep, yang memerlukan rawatan doktor setiap minggu begitu terasa kesukarannya apabila ketiadaan lif.

“Saya dengan menghidap penyakit kronik ini, sudah tidak mampu untuk turun naik sehingga ke tingkat 15 lagi, saya sedih dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan segera untuk kebaikan penduduk di sini,”katanya kepada media.

Penduduk tingkat 14, Shahrul Hamid yang menghidap penyakit kencing manis terpaksa merawat sendiri luka yang terbiar walaupun beliau memerlukan rawatan doktor.

“Saya terpaksa basuh sendiri luka untuk tidak membiarkannya merebak, saya sudah tidak mampu lagi untuk. berjalan kerana kaki saya sudah tidak kuat lagi akibat kemalangan baru-baru ini ditambah lagi dengan keadaan penyakit kencing manis saya,”

“Saya amat berharap agar lif tersebut di betulkan dengan segera kerana saya sudah tidak mampu menahan sakit ini,”ujarnya.

 

CATEGORIES
TAGS