Penduduk PPR Kempas Permai lega

Oleh NASUHA RAHMAN

Penduduk PPR Kempas Permai yang menerima notis pengosongan premis berasa lega dengan hasil pertemuan hari ini di antara pihak Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Pulai dengan pihak pengurusan bangunan.

Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengutamakan kesusahan rakyat berdepan dengan masalah Covid-19.

Semua pihak perlu mencari jalan untuk membantu penduduk yang berada dalam kesusahan akibat Covid 19 bukannya menambah beban mereka.

Pertemuan dengan pihak pengurusan bangunan telah yang dihadiri oleh Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Pulai Azam Haron, Pengerusi Tetap AMANAH Kawasan Pulai Mohmmad Osman dan Ketua Cawangan AMANAH PPR Kempas Permai Che Rahman Daud.

Pertemuan telah diadakan dalam suasana mesra,muhibah dan muafakat untuk membentuk kerjasama yang lebih erat menyelesaikan masalah penduduk PPR Kempas Permai.

Lebih daripada dua puluh penduduk PPR Kempas Permai telah menerima notis merah pengosongan (7hari) premis pada 22 Julai 2021 daripada pihak pengurusan bangunan.

Rata-rata penduduk berasa bimbang, takut dan kecewa dengan notis ini lalu mengadakan pertemuan dengan Ketua AMANAH Kawasan Pulai Suhaizan Kaiat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pertemuan hari ini adalah hasil daripada pertemuan penduduk dengan Ketua AMANAH Kawasan Pulai terdahulu.

Penduduk yang tinggal di rumah PPR atas nama suami yang telah meninggal atau menyewa dengan penduduk lain atau tidak jelas status rumah sewajarnya membuat pemakluman, rayuan dan permohonan semula dengan pihak SUK Perumahan, Kerajaan Negeri Johor.

Ini bagi memudahkan pihak kerajaan mempertimbangkan kedudukan mereka berdasarkan masalah masing-masing.