Malaysia Dateline

Penduduk protes, roboh sekatan ‘lockdown’ kerana penat disuruh berkurung

Tular satu video di media sosial menunjukkan sekumpulan penduduk di Guangzhou yang dikenakan perintah berkurung Covid-19, merobohkan beberapa sekatan yang diletakkan berdekatan kawasan perumahan mereka.

Penduduk bertindak melakukan protes di jalanan sebagai memberontak arahan yang dikuatkuasakan dengan ketat, menurut video dan imej yang tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, terdengar bunyi penghadang logam yang jatuh bergema di seluruh kawasan kejiranan dengan diiringi sorakan dari orang ramai.

Dilaporkan, sekatan yang dikuatkasa di daerah berkenaan bertujuan untuk mengurung mereka di rumah, namun telah menyebabkan mereka protes.

Beberapa imej menunjukkan orang ramai bersorak dan melintasi sekatan yang dirobohkan dan memenuhi jalanan.

Untuk info, daerah Haizhu di bandar itu berada di bawah sekatan yang diperketatkan sejak 5 November.

Dalam satu video, petugas yang memakai pakaian perlindungan dapat dilihat berdiri di tepi garisan apabila halangan jatuh, sambil cuba bercakap dengan orang ramai di jalanan.

Sementara itu CNN pula melaporkan, pihaknya mengandaikan rakaman itu berlaku di daerah Haizhu, tetapi tidak dapat mengesahkannya secara bebas.

Tidak jelas berapa ramai orang yang terbabit dalam protes itu atau berapa lama ia berlangsung.

Bantahan awam adalah satu peristiwa yang sangat jarang berlaku di China.

Baca juga: Calon Wanita PH Sepang gagahkan diri jumpa rakyat walau kaki cedera digilis tayar kereta

Baca juga: PRU-15: “Kita harap akan dapat kerusi majoriti mudah, momentum sambutan juga baik daripada pengundi,” – Anthony Loke