Malaysia Dateline

Penduduk resah tanah runtuh kecil di Taman Cengal Indah boleh mudaratkan orang ramai

Takut dan bimbang bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan, malahan sejak berlakunya tragedi tanah runtuh di Batang Kali, ia amat menakutkan penduduk Taman Cengal Indah, Kulim, Kedah. 

Rata-rata penduduk rumah teres satu tingkat kawasan tersebut telah pun membuat aduan kepada Adun Kulim, KC Yeo sejak tahun lalu mengenai mendapan dan runtuhan sekitar kawasan terbabit yang dibimbangi boleh memudaratkan penduduk sekitar sekiranya kejadian ini tidak ditangani dengan kaedah yang betul dan tepat. 

Adun Kulim, KC Yeo yang dihubungi bagi mendapat penjelasan mengenai tindakan terkini berkata perkara ini telah pun diajukan secara rasmi dan bertulis kepada Pejabat Pentadbir Daerah dan Tanah Kulim. 

“Selaku Adun Kulim tinjauan telah pun dibuat selepas mendapat aduan keresahan dan kebimbangan penduduk sekitar kawasan taman terbabit sebelum ini. 

 “Terdapat 15 buah rumah kediaman dengan penduduk sekitar 60 orang. Runtuhan sebegini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan penduduk. 

“Insiden Batang Kali baru-baru ini wajib menjadi iktibar kepada pihak berkuasa termasuk agensi kerajaan terlibat. Walaupun ia keruntuhan kecil sekiranya hujan turun dengan lebat atau berlakunya gerakan tanah yang tidak diduga, tidak dapat dinafikan akan berlakunya musibah dan bencana yang mungkin boleh meragut nyawa,” ujar beliau. 

<em>Runtuhan yang berlaku sekitar belakang Taman Cengal Indah Kulim<em>

Tambah Yeo lagi, kerajaan negeri Kedah harus segera peduli perkara ini kerana dibimbangi keselamatan penduduk terancam. 

<em>Runtuhan yang berlaku sekitar belakang Taman Cengal Indah Kulim<em>

Baca juga: Faiz bersama belia Pulau Pinang dan NGO gerakkan bantuan banjir ke Pantai Timur