Malaysia Dateline

Penduduk rumah panjang TTDI gesa kerajaan pertahan hak minoriti

Pertubuhan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara mewakili penghuni rumah panjang Taman Tun Dr Ismail (TTDI) hari ini menghantar memorandum kedua kepada Perdana Menteri yang menggesa kerajaan untuk mempertahankan hak minoriti dan masyarakat terpinggir.

Menerusi kenyataannya hari ini, penduduk semakin terjejas kerana bantahan prejudis yang dibangkitkan Persatuan Penduduk dan Badan Pengurusan (TTDI RA) yang disokong oleh kumpulan berkuasa lain yang mengetepikan minoriti dan meminggirkan pembangunan rumah panjang.

Malah katanya, walaupun penyelesaian skala baru pembangunan telah dicadangkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, TTDI RA enggan berkompromi yang menunjukkan penduduk TTDI tidak mahu penduduk rumah panjang tinggal di dalam kejiranan elitnya.

“Penduduk rumah panjang TTDI telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa taklimat yang dianjurkan oleh Yb Khalid dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. Kami dengan ini menuntut hak undang-undang kami dan menyatakan bantahan kami

“Kami meminta supaya kerajaan melaksanakan perjanjian Perintah Pembangunan dan Perjanjian Penempatan Semula (MRA) seperti yang sudah ditandatangani antara penduduk rumah panjang TTDI dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

“Di bawah perjanjian MRA, setiap keluarga dari generasi pertama berjumlah 98 keluarga penduduk Bukit Kiara, akan diberikan satu unit percuma pangsapuri yang berukuran 850 kaki persegi di 12-ekar di Panjang
samping kemudahan dalam pangsapuri yang disediakan seperti yang dinyatakan dalam MRA.

“Kami juga meminta supaya cadangan Pembangunan Skala dilaksanakan dengan syarat generasi pertama dan kedua berhak mendapat satu unit daripada apartmen dengan saiz yang sama secara percuma atau pada kadar diskaun 50 peratus dengan sebidang tanah yang lebih besar berukuran 0.69-ekar untuk kuil seperti yang dijanjikan di dalam MRA asal.

“Oleh kerana tanah pembangunan telah dikurangkan kepada 8 ekar sekarang, kami ingin memberitahu bahawa kami telah dapat jaminan untuk terus kekal dalam rumah panjang sedia ada sepanjang tempoh pembinaan sehingga selesai pangsapuri baru kami,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan diminta untuk mengatasi ketaksamaan sosial-ekonomi yang konstruktif secara membina dan memainkan peranan utama dalam mencapai pertumbuhan inklusif secara bergilir mewakili lebih banyak model ekonomi yang mampan untuk masyarakat.

Kenyataan itu turut menggesa kerajaan mematuhi Peraturan Undang-undang sebagai keputusan mahkamah.

“Walaupun penduduk rumah panjang TTDI sudah dapat jaminan bahawa pembinaan rumah baru kami akhirnya akan diteruskan seperti yang diputuskan oleh mahkamah, sayangnya kita tidak melihat apa-apa kerja pembinaan tapak sehingga hari ini.

“Kelewatan yang berpanjangan ini menyebabkan kebimbangan dan kami berharap ianya akan menjadi usaha ikhlas dan bersepadu dari kerajaan, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Pemaju untuk menyampaikan perumahan yang berpatutan dengan pantas seperti yang dijanjikan dalam MRA,” ujarnya.