Pusat Peduli Rakyat Parlimen Shah Alam sering kali membeli beratus-ratus kilo hasil tani teramsuk ubi, jagung, beras, nenas dan banyak lagi untuk disumbangkan kepada penduduk yang layak.
Tidak kurang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan membeli hasil laut seperti ikan kembung atau pelaling kemudian diagihkan kepada penduduk di dalam kawasannya.
Semalam, beliau telah mengagihkan 500 kilogram ikan pelaling segar dari Perlis kemudian diagihkan kepada mereka yang layak.
“Menyokong aktiviti seperti jualan pagi hujung minggu dapat membantu petani, nelayan dan usahawan kecil memasarkan hasil mereka, khususnya yang terkesan akibat penularan wabak covid-19,” kata beliau.