Penduduk terkejut langit bertukar merah

Penduduk terkejut langit bertukar merah

Penduduk di Desa Pulau Mentaro, Kabupaten Muaro Jambi, Jambi Indonesia terkejut dengan fenomena langit di kawasan mereka yang bertukar menjadi kemerahan.

Perubahan langit susulan kebakaran hutan di sekitar kawasan itu berlaku kira-kira pukul 10.42 hingga 2 petang semalam menyebabkan penduduk cemas dengan suasana tersebut.

Memetik laporan portal Kompas. com hari ini, seorang penduduk dikenali sebagai Mardiana berkata, dia mendapat kiriman video daripada sepupunya yang memuat naik video dalam laman sosial keadaan langit itu.

“Saya dapat kiriman video dari sepupu saya, Ummu Ria pukul 10.42 pagi yang kelihatan langit bertukar merah. Apabila azan zohor berkumandang sudah menjadi gelap,” kata penduduk di Kabupaten Muoro Jambi.

Jelasnya, kenderaan yang melalui jalan raya sudah memasang lampu manakala sebahagian rumah pula turut menyalakan lampu berikutan keadaan gelap pada waktu tersebut.

“Kelmarin, masih kuning langitnya cuma mulai pagi tadi (semalam) kuning itu agak pekat. Terus ke siang sampai zohor agak kemerahan,” tambahnya.

Kata Mardiana lagi, fenomena di langit itu menyebabkan penglihatannya terganggu manakala penduduk di situ tidak berani keluar dari rumah.

Fenomena langit memerah di Kabupaten Muaro Jambi, Provinsi Jambi,