Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penerangan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin perlu diperhebat

Penerangan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin perlu diperhebat

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 26, 2020 1:12 pm




Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pakatan Harapan (PH), Ustaz Asri Talib (gambar atas) menyeru pihak-pihak berkaitan supaya mempertingkatkan penjelasan mengenai konsep atau gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan kerajaan untuk pentadbirannya.

Jelasnya, kesimpulan daripada pengalaman beliau sebagai salah seorang panel penemuduga untuk beberapa jawatan di salah satu Majlis Agama sebuah negeri mendapati pemahaman orang ramai terhadap konsep berkenaan sangat mengecewakan.

“Pada 24 Jan 2020. Saya telah dipertanggung jawabkan untuk menjadi salah seorang panel penemuduga kepada calon-calon yang di tawarkan kepada beberapa jawatan di salah satu Majlis Agama sebuah negeri.

“Seramai 26 calon yang bergelar graduan lepasan universiti sudah tentulah ilmu pengetahuan mereka hebat. Namun amat kecewa apabila ada dua calon yang tidak pernah mendengar perkataan ‘Rahmatan Lil Alamin (RLA)’, ada calon lain yang kata pernah dengar mungkin disebabkan berhadapan dengan panel penemuduga dan jawapan yang langsung tiada kaitan dengan RLA.

“Mereka yang dimaksudkan ialah berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur tetapi menuntut di pusat pengajian tinggi di Pantai Barat,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, bukan itu sahaja yang dikesali, hatta nama dan jawatan Datuk Seri Mujahid Yusof berjawatan Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri pun ada yang tidak tahu.

Beliau mempersoalkan sejauh manakah keberkesanan dan penerangan Jakim, Yadim, Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak Pengajian Tinggi, Jabatan Penerangan dan pihak berwajib dalam menerangkan gagasan tersebut.

Tambahnya, jika mereka yang berpelajaran pun tidak pernah dengar dan tidak memahami apa itu Rahmatan Lil Alamin apatah lagi golongan luar bandar yang memang kurang informasinya.

“Oleh demikian semua pihak sama ada kerajaan dan NGO dapat perhebatkan penerangan dan pemahaman gagasan yang hebat ini,” kata beliau.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Kisah Bangla mati, Sahalam dan bhabi

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production