Malaysia Dateline

MAS

Penerbangan MH725 alami kerosakan tayar, selamat mendarat di Jakarta

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh syarikat penerbangan itu menerusi laman Facebook, tiada penumpang atau anak kapal yang cedera.

“Malaysia Airlines memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan untuk pelanggan kami berkaitan insiden ini,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memberi segala bantuan dan memastikan kesejahteraan semua penumpang dan krew.

Susulan insiden itu, penerbangan balik, MH724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur, yang dijadualkan berlepas pada 7.50 malam pada 13 Jun telah dibatalkan.

Penumpang akan dipindahkan ke penerbangan lain, kata kenyataan itu.