Penetapan 30 peratus wanita sertai Exco PBT satu pengiktirafan, kata Exco Selangor

Penetapan 30 peratus wanita sertai Exco PBT satu pengiktirafan, kata Exco Selangor

Penetapan 30 peratus kuota wanita sebagai Ahli Majlis adalah satu pengiktirafan kepada kemampuan wanita untuk memberi impak dalam pelbagai bidang dan aspek.

Ahli Majlis Mesuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor, Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, pelantikan beliau sebagai Exco baru-baru ini merupakan satu amanah dan kepercayaan besar kepada wanita.

“Wanita tidak lagi hanya dilihat hanya mampu memegang portfolio berkaitan wanita dan keluarga sahaja, tetapi boleh memenuhi keperluan untuk menjalankan tanggungjawab dalam portfolio berkaitan pengurusan negeri yang lain.

“Oleh itu, saya zahirkan komitmen untuk memastikan setiap PBT di Negeri Selangor akan mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus kuota wanita dalam pelantikan Ahli Majlis yang kini dalam proses pelantikan baharu.

“Saya menyambut baik dan menyokong penuh cadangan YB Menteri, Zuraida Kamaruddin untuk memenuhi kuota 30% wanita dalam lantikan Ahli-Ahli Majlis di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin semalam, yang mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di lantik sebagai Exco di setiap negeri.

Langkah itu bagi memastilan usaha kerajaan untuk mengarusperdanakan peranan wanita dalam kementerian dan PBT kerana pandangan golongan wanita adalah pelengkap kepada undang-undang dan garis panduan serta rancangan pembangunan.

Purata pembabitan wanita menjadi anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya 14 peratus dengan mencatatkan mempunyai peratusan tertinggi terbanyak iaitu 22 peratus.

Haniza yang juga Ketua Wanita PKR Selangor juga berpandangan cadangan yang dikemukakan Zuraida itu adalah selari dalam mengangkat martabat dan peranan wanita dalam pembangunan negara.

“Wanita kini harus diberikan peluang bagi memenuhi potensi untuk memainkan peranan penting sebagai pembuat keputusan di peringkat kerajaan tempatan,” ujarnya.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS