Malaysia Dateline

Pengadilan terpilih kerajaan PN kini terserlah

Begitu tinggi usaha pihak tertentu dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mendesak menghukum Lim Guan Eng, walaupun kes tersebut telah ditutup oleh SPR, akhirnya beliau hari ini di dakwa juga di Mahkamah.

Agak luar biasa serta aneh kes projek yang dibuat melalui tawaran terbuka dan Pengerusi lembaga tawaran terdiri dari penjawat awam yang bermula hampir 10 tahun dahulu yang di tutup kesnya selepas siasatan SPR di beri asakan dahsyat dan liputan besar secara meluas oleh kerajaan PN.

Adakah ini usaha kerajaan Melayu Islam PN untuk menuntut ‘keadilan’ keatas ‘salah laku’ bekas Ketua Menteri dari parti DAP yang pernah menerajui Pulau Pinang ?

Bersama Umno dalam Kerajaan PN adalah Pas sebuah parti yang mendakwa dirinya parti Islam yang selalu melaungkan nilai murni keadilan Islam di setiap kampung dan desa.

Untuk membuktikan nilai keadilan Islam yang kononnya di hajatkan, Pas hendaklah menuntut membuka kembali siasatan berbagai-bagai  kes projek sakit dan runtuh terutamanya di negeri Terengganu yang di warisi sekarang dari Umno.

Terengganu di beri nama jolokan mamalukan- “Terengganu Darul Runtuh” kerana berbelas projek yang runtuh dan sakit semasa dan selepas siap pembinaan.

Di antaranya ialah tiga projek terkemuka yang bernilai hampir RM1 billion ia itu Stadium Bolasepak Gong Badak, Taman Ilmu Besut dan Komplexs Bebas Cukai Kenyir.

Setelah siasatan runtuhan bumbung Stadium RM300 juta di buat, anehnya tiada sesiapa di dapati bersalah walaupun selain dari runtuhan dua buah jenerator serta kabel dan peralatan letrik bernilai berjuta ringgit juga hilang di curi.

Taman Ilmu bernilai RM350 juta terbengkalai menjadi projek sakit, bangunan pentadbirannya terpaksa di robohkan dan kabel serta peralatan letriknya juga di curi dengan kerugian puluhan juta ringgit. Selepas hampir 20 tahun ianya masih belum dibuka.

Pusat Bebas Cukai Kenyir bernilai hampir 300 juta terbengkalai dan masih belum dapat di gunakan selepas 10 tahun.

Demi keadilan, kerajaan Melayu Islam-PN Terengganu yang di terajui Pas,  Menteri Besar mesti mendesak SPR menyiasat ke akar umbi kenapa wang duit rakyat Terengganu yang terdiri 95%  orang Melayu Islam di biarkan di bazir dan di selewengkan begitu sahaja.

Raja Petra Kamaruddin yang tinggal di England telah berjaya memainkan peranan utama mendesak Lim Guan Eng di dakwa kes Terowong Bawah Laut Pulau Pinang selepas 10 tahun.

Raja Idris Kamaruddin, adik kepada Raja Petra, yang menjadi orang kepercayaan Menteri Besar Terengganu yang di lantik menerajui GLC penting, sepatutnya memainkan peranan sama mendesak kerajaan Terengganu dan SPR menyiasat mengapa begitu banyak projek runtuh, tidak siap dan sakit.

Berbeza dari projek terowong Pulau Pinang, Projek Taman Ilmu Terengganu melibatkan berbagai kes saman di mahkamah oleh kontraktor Korea dan kontraktor tempatan ke atas kerajaan Negeri, termasuk pegawai-pegawai Kerajaan dan juga syarikat berkait dengan Umno melibatkan puluhan juta. Kes ini di percayai berbau skandal yang besar melibatkan kerajaan dan pegawai tertinggi. Menteri Besar mesti bertindak.

Tiada gunanya kepakaran Raja Idris Kamaruddin yang berasal dari Selangor dan beberapa lagi rakan dari luar negeri Terengganu seperti Nurul Islam, Zaidi Talib dan W. Haswari memegang jawatan mendahului peluang kerja anak Terengganu kalau mereka tidak memainkan peranan berkesan menasihati Menteri Besar dengan baik.

Ramai rakyat anak Terengganu menyoal peranan mereka. Ada juga yang bertanya adakah Raja Idris masih memegang pasport British seperti abangnya ? Raja Petra mempunyai “kekebalan” melempar berbagai tuduhan tidak bertanggung jawap dari England jauh dari tindakan undang-undang Malaysia.

Kalau Lim Guan Eng atas kes Terowong yang belum pun bermula lagi bolih di dakwa selepas 10 tahun, projek projek Terengganu yang sudah pun berjalan, runtuh, terbengkalai dengan berbagai kes saman melibatkan warga asing, kontraktor tempatan dan pegawai kerajaan, patut di beri perhatian utama dan tindakan olih Menteri Besar Terengganu.

Malangnya Terengganu terkenal sebagai negeri mempunyai projek yang “berlaku jenayah tampa penjenayah”- “crime without criminals”.

Atau adakah kerajaan PN mengamalkan pengadilan cara terpilih (selective prosecution) ?

Adakah kerana kes Pulau Pinang melibatkan DAP dan bukan Islam ianya di asak habis habisan ?

Adakah kes-kes di Terengganu melibatkan pihak Melayu Islam jadi tiada minat untuk menuntut keadilan walaupun melibatkan ratusan juta ringgit duit rakyat Terengganu ?

Adakah kerajaan Melayu Islam PN berhasrat mengamalkan tuntutan murni Agama Islam sebenarnya ?

Ingatlah contoh Nabi Mohammad Rasulullah saw yang menuntut supaya sebaik baik keadilan di beri kepada seorang Yahudi yang mencuri barang kepunyaan nya.

Islam menuntut keadilan untuk semua dengan tidak mengira Agama atau bangsa.

Itulah kerajaan Islam sebenarnya .