Malaysia Dateline

Pengajaran dan pembelajaran maya alternatif terkini?

Pemimpin institusi pendidikan kini berhadapan dengan keadaan yang lebih mencabar terutama ketika negara berada dalam krisis kesihatan Pandemik Covid-19.

Banyak negara termasuk Malaysia (tindakan betul) memutuskan untuk menutup sekolah, kolej dan universiti.

Gangguan pandemik ini trurut dirasai oleh hampir seluruh keluarga di seluruh dunia:

Menjalankan persekolahan di rumah bukan sekadar kejutan besar kepada ibu bapa, tetapi juga untuk kehidupan sosial dan pembelajaran anak-anak.

Pengajaran dan pembelajaran bergerak secara maya, pada skala yang belum diuji dan belum pernah terjadi sebelumnya.

Pentaksiran dan penilaian pelajar juga bergerak diatas talian, kebanyakkannya secara percubaan (trial and error) dan ketidakpastian untuk semua orang.

Banyak proses dan urusan pentaksiran dan penilaian telah ditangguh dan dibatalkan.

Gangguan ini bukan sahaja menjadi masalah jangka pendek, tetapi juga boleh menyebabkan akibat jangka panjang bagi pelajar yang terjejas dan ini mungkin meningkatkan isu ketidaksamaan.

Penggunaan persidangan video dan sebagainya tiba-tiba meningkat; dan rasanya hanya baru-baru ini sebilangan pendidik dan pelajar yang cuba memasang dan mengaplikasinya.

Ada juga yang tidak pernah tahu dan mendengarnya. Sebelum ini, kebanyakkan guru sekolah hanya menggunakan VLE Frog dan sekarang Google Classroom, tetapi ia tidak digunakan secara meluas sama sekali .

Tiada kursus atau bengkel latihan yang disediakan pemimpin sekolah untuk krisis ini.

Kita seolah berada di wilayah baru.

Kesan dari COVID-19 bermakna pemimpin sekolah dikehendaki membuat keputusan dengan bimbingan yang sangat sedikit untuk membantu tugasan mereka.

Yang ada hanyalah arahan demi arahan yang disampaikan melalui WhatsApp telefon pintar.

Untuk memastikan gangguan yang terhad dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pemimpin pendidikan perlu memastikan pendekatan pengajaran dalam talian dapat dilaksanakan untuk pelajar mereka.

Tinjauan untuk mengetahui peranti apa yang tersedia untuk pelajar dan ibu bapa di rumah sepatutnya bukan dijalankan selepas PdPC telah berlangsung.

Bilangan pengguna di rumah dan ketersediaan peranti untuk setiap kanak-kanak adalah maklumat penting untuk mengetahui sama ada pelajar mempunyai akses internet yang stabil dan /atau hanya boleh diakses melalui telefon bimbit.

Jika ini berlaku, ia akan menghalang pengajaran dan pembelajaran.

“Malu apa boss kur” untuk menyembunyikan fakta bahawa terdapat para pendidik yang tidak pernah merancang pengajaran dan pembelajaran diatas talian, yang berpengalaman dan berpengetahuan pun mungkin mengalami kebimbangan dan cemas.

Mengenal pasti tahap kecekapan guru untuk pengajaran dan pembelajaran diatas talian dan tahap keupayaan pendidik mengikut tahap kecekapan mereka juga penting

Tibalah masanya Jawatankuasa Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) mengenai TMK dan lain-lain untuk membantu membuat dan memantau pentaksiran dan latihan untuk pelajar.

Pendidik yang baru celik untuk pengajaran dan pembelajaran diatas talian boleh dipasangkan dengan guru yang sudah biasa dengan aplikasi seperti perisian Skype , Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams dengan tujuan pembinaan dan perkongsian idea dan pengetahuan.

Para pendidik juga perlu mempunyai peranti yang sesuai dan sambungan internet yang baik untuk mengajar dan menjalankan kelas diatas talian.

Perancangan berhati-hati dan teliti mengenai jadual pengajaran dan ketersediaan juga diperlukan kerana pendidik guru juga mempunyai keluarga sendiri dan kini perlu mengimbangi keperluan keluarga mereka dengan kerja mereka.

Pemimpin pendidikan yang berjaya akan menangani perubahan, khususnya berkaitan dengan PdPC.

Pemimpin pengajaran harus memberi tumpuan kepada kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran.

Arahan hendaklah menumpukan dan menggalakkan tahap kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi di kalangan pendidik.

Status sosio-ekonomi setiap pelajar juga perlu diketahui bagi memastikan peralatan yang sesuai digunakan PDPc.

Setakat ini mana-mana tugasan dan kerja rumah perlulah dihantar secara diatas talian. Ini turut menjadi kesulitan dan bebanan bagi pelajar dan pengajar.

Belajar dari rumah boleh menjadi cabaran. Ibu bapa juga sangat bimbang tentang pendidikan anak-anak mereka.

Ibu bapa sekarang perlu memainkan peranan besar dalam proses pembelajaran anak-anak mereka.

Pada permulaan ia akan agak kelam kabut sediikit, beri peluang kepada ibu bapa dan guru untuk mencuba dan gagal ” dan itu adalah OK.

Jadual aktiviti yang boleh diubah suai boleh menjadi sangat menggembirakan. Galakkan ibu bapa untuk bertanya.

Berkomunikasilah dengan menggunakan e-mel atau WhatsApp.

Semua ini memerlukan dan mengkehendaki sejumlah keberanian dan dedikasi yang tinggi dan kesungguhan dari pendidik, guru dan pemimpin pendidikan berbanding orang lain dalam perkhidmatan awam di seluruh negara.

Kita harus berpegang pada nilai-nilai murni dan membuat pilihan dan keputusan terbaik , walaupun kadang-kadang kita mungkin tersalah dan silap.

Apa yang paling penting dalam situasi ini ialah kita berniat jujur, ikhlas, telus dan benar. Ini adalah merupakan satu tugasan kepimpinan bersifat kemanusiaan dan kejujuran dalam hati nurani masing-masing.

* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik senior