Malaysia Dateline

‘Pengalaman luas, hubungan baik dengan negara luar, Anwar mampu jadikan Malaysia negara dihormati’

Berbekalkan pengalaman luas dan hubungan baik dengan negara-negara luar, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat membawa Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan disegani.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yakin segala rintangan dan ranjau yang pernah dilalui oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu akan menjadi azimat untuk beliau mentadbir negara dengan adil dan penuh integriti.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda yang telah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 demi memastikan kestabilan pentadbiran negara.

“Hasrat Pakatan Harapan untuk menentang dan menghapuskan rasuah serta memartabatkan negara pastinya akan menjadi tunjang utama pentadbiran kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar.

“Semoga negara makmur dan bersih dari rasuah yang kita cita-citakan bersama menjadi kenyataan,” ucapnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Pada jam 5 petang ini, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Baca juga: Bursa Malaysia ‘meriah’ hari ini sambut khabar Anwar jadi PM

Baca juga: 2 hari terperangkap di bawah runtuhan, kanak-kanak ditemukan sebelah mayat nenek