Malaysia Dateline

Penganjur perhimpunan bantah ICERD perlu buat permohonan rasmi

Pihak penganjur perhimpunan membantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini diminta membuat permohonan rasmi secara betul, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Mohamed Hanipa Maidin.

“Jadi 8 Dis ini boleh (diadakan) dan saya harap buatlah permohonan secara baik, buat permohonan dengan betul-betul,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada sesi soal jawab.

— BERNAMA