Penganti YDP Agong: Kerabat Pahang bermesyuarat lantik Sultan baharu

Penganti YDP Agong: Kerabat  Pahang bermesyuarat lantik Sultan baharu
Istana Abu Bakar, Pahang.

Kerabat diraja Pahang dijangka bermesyuarat minggu ini bagi membincangkan kemungkinan pemangku sultan ditabal sebagai sultan dan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Jika cadangan ini menjadi kenyataan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang pulang dari London bakal ditabal sebagai sultan Pahang keenam pada Jumaat ini, lapor New Straits Times.

“Perkara ini [cadangan untuk menabal Tengku Abdullah] telah dihantar oleh kerabat berpengaruh dan penasihat istana. Sultan Ahmad telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Mesyuarat penurunan takhta itu akan diadakan minggu ini. Ia hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan penasihat terdekat. Sultan sedang gering.

“Tengku Abdullah yang telah mengendalikan hal-hal negeri bagi pihak sultan,” kata sumber istana yang tidak dinamakan.

Baginda, selepas mendapat rawatan di Institut Jantung Negara dua minggu, berada di istana Pahang di Bukit Kewangan di sini.

Mesyuarat itu laporkan diadakan di istana Pahang, sementara jurucakap istana enggan mengulas perkembangan terbaru ini kerana isu ini dianggap sensitif.

Dalam perkara 9 perlembagaan negeri, raja pemerintah boleh turun takhta dan melepaskan kuasa diraja dengan reda hati dengan menandatangani surat perintah.

Loading...