Sepasang pengantin hampir tak jadi berkahwin selepas jurunikah yang ditempah tidak munculkan diri ke majlis akad nikah yang sepatutnya berlangsung selepas asar.
Apa yang mengejutkan, tok kadi tersebut tiada di rumah dan berada di luar kawasan ketika itu. Tok kadi itu juga digambarkan sebagai “terlalu veteran”, menyebabkan kemungkinan dia terlupa tentang majlis pernikahan itu.
Menerusi perkongsian Norafatiha2 di akaun TikTok miliknya berkata, pada mulanya wakil daripada pihak perempuan telah pergi ke rumah jurunikah berkenaan untuk mengingatkannya, namun dia tiada di rumah.
“Pukul 1 tengah hari, pihak perempuan pergi rumah kadi untuk ingatkan majlis nikah petang asar.
“Tapi kadi tiada. Ingat pergi masjid awal untuk solat Jumaat,” katanya.
Tidak berputus asa, mereka kembali semula ke rumah jurunikah terbabit, namun dimaklumkan dia telah ke Kuantan.
“Lepas solat Jumaat, dalam pukul tiga petang pergi sekali lagi. Rupanya kadi dah ke Kuantan,” ujarnya.
Tambahnya, mereka bernasib baik kerana setelah menghubungi Pejabat Agama Daerah Raub mereka berjaya mendapatkan jurunikah baharu.
“Hubungi Pejabat Agama Daerah Raub untuk kadi lain. Nasiblah ada kadi berdekatan boleh datang walaupun kami terpaksa tunggu kadi nikahkan pasangan di tempat beliau dulu,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serupa dengan mendakwa pernah bernikah pada jam 12 malam gara-gara tok kadi terlupa majlis pernikahannya.
“Dekat tempat kami imam merangkap tok kadi semua dah tukar imam muda, yang veteran dah tak ada,” komen HMhaliza.
“Masa saya nikah dulu, tok kadi dah uzur. Kena angkut pergi balik, kena papah duduk kerusi. Tapi tulah masih tak nak lepaskan jawatan,” ujar Mr. Grey.
“Sama kes tok kadi tak datang nikah kita orang, janji 8 pagi, datang 9 pagi. Kesian laki aku tahan kentut dari 5.30 pagi weh,” komen pula lul
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 60,000 tontonan dan 1,820 tanda suka.
Baca juga: Istana tak akan layan dakwaan Anwar hilang sokongan majoriti