Malaysia Dateline

Pengantin perempuan ditinggalkan bakal suami kerana ibu mendakwa hodoh dan pendek

Pengantin perempuan yang juga seorang yatim piatu telah ditinggalkan bakal suaminya kerana ibu pengantin lelaki mendakwa bakal menantunya itu hodoh dan pendek.

Justeru itu ibu pengantin lelaki mengarahkan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai dihentikan dengan serta-merta kerana dia tidak boleh membenarkan anak lelakinya menikahi wanita dikenali sebagai Lamia Al-Labawi itu.

Hari bahagia Lamia dari Tunisia bertukar menjadi episod paling memalukan dalam hidupnya.

Daily Star melaporkan ibu kepada pengantin elaki hanya melihat gambar bakal menantunya menjelang hari bersejarah itu.

Wanita terbabit dikatakan hanya melihat bakal menantunya buat kali pertama di majlis berkenaan bagaimanapun setelah melihat ibu lelaki kecewa selepas mendakwa bakal menantunya terlalu pendek dan tidak menarik untuk mengahwini anaknya.

Lelaki terbabit bersama-sama dengan ibunya kemudian meninggalkan Lamia.

Pengantin perempuan ditinggalkan bakal suami kerana ibu mendakwa hodoh dan pendek
Kebahagiaan Lamia diragut bakal ibu mentua

Sebelum ‘drama’ berkenaan, Lamia dilihat bergambar di sebelah pasangannya yang dilihat sedang mengelap mukanya dengan sapu tangan.

Susulan insiden berkenaan, Lamia kemudian memuat naik video di media sosial untuk menerangkan mengenai insiden berkenaan.

Wanita itu memberitahu orang ramai bahawa dia adalah anak yatim piatu dan menghabiskan banyak wang untuk mengadakan majlis berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kebahagiaan itu ‘diragut’ daripadanya oleh bakal ibu mentuanya.

Bakal pengantin perempuan yang jiwanya hancur itu dikatakan dibiarkan menanggung malu dan sekarang dikatakan enggan tampil keluar bertemu orang ramai berikutan penolakan itu.

Sementara itu, beberapa portal melaporkan netizen menzahirkan sokongan netizen di media sosial selepas perkahwinannya dibatalkan kerana bakal ibu mentuanya tidak menyukai penampilannya,

Kisah itu tersebar di media sosial di mana Lamia mendapat sokongan daripada netizen, dipetik Harian Metro.

Baca juga: Khalid Ibrahim meninggal dunia, disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam

Baca juga: Padah jual 18kg ayam curi, dua lelaki warga Myanmar ditahan