Tular di media sosial satu rakaman seorang wanita yang bertindak memanjat bumbung rumahnya sendiri sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan jiran.
Menurut laporan media Indonesia, wanita itu dikatakan baru sahaja sehari dinikahkan.
Dia bertindak protes dengan duduk di atas bumbung kerana tidak menyukai suaminya yang merupakan jodoh pilihan ibu bapanya.
Dalam video itu, penduduk setempat mengerumuni rumah wanita berkenaan dengan terlihat kehadiran seorang polis untuk menenangkan si pengantin.
Namun ia tidak diendahkan, malah wanita itu memanjat lebih tinggi.
Dilaporkan, wanita berkenaan membuat protes untuk pulang semula ke rumah ibunya kerana enggan tinggal bersama suami.
Bagaimanapun rakaman tersebut terhenti separuh jalan dan tidak diketahui bagaimana kisah itu berakhir.
Baca juga: “Penat jadi ibu tunggul, aku pulangkan suami pada keluarganya lepas periksa CCTV”