Pengarah kolej swasta direman bantu siasatan rasuah

Pengarah kolej swasta direman bantu siasatan rasuah

Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat Kuantan, direman lima hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan rasuah dalam pengeluaran sijil asasi sains kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Pegawai Pendakwanya Kamariah Seman.

Peguam Datuk Ng See Teong yang mewakili lelaki berusia 53 tahun itu semasa ditemui pemberita berkata anak guamnya ditahan di Bandar Pusat Jengka, Maran petang semalam.

Menurut Ng beliau difahamkan anak guamnya ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah RM2,500 bagi setiap pelajar yang memerlukan sijil tersebut.

Ng berkata beliau juga difahamkan siasatan melibatkan kira-kira 20 pelajar.

CATEGORIES
TAGS