Malaysia Dateline

Pengaruh media sosial terhadap Rafizi

Suatu yang diperhatikan dalam pemilihan kepimpinan PKR ini ialah tumpuan media yang gemerlapan terhadap calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.

Adakah kerana Rafizi pandai mencuit atau menarik perhatian media khususnya di media sosial dan caranya lebih vokal apabila berhadapan dengan media dalam bersaing dengan seorang lagi calon Timbalan Presiden Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Cara yang dipaparkan media seolah-olah kedudukan Saifudin bersifat defensif menjawab balas dakwaan-dakwaan Rafizi seperti Saifuddin menafikan pelantikan beliau sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri pada 2017 atas bantuan Mohd Rafizi Ramli.

Sebaliknya, jelas Saifuddin jawatan tersebut dilantik sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng.

Satu lagi penafian dibuat Saifuddin yang dipersoalkan dakwaan Rafizi jawatan Setiausaha Agung PKR yang disandangnya pada 2016 selepas dia memberi laluan.

Pengaruh media sosial terhadap Rafizi
Ismail Hashim Yahaya

Ia juga boleh mempengaruhi ahli PKR yang berada dalam kedudukan atas pagar.

Atau Saifuddin mempunyai cara tersendiri untuk berkempen mendapatkan undi bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Atau sebagai menghormati bulan Ramadan beliau berdiam diri dan menunggu masa yang sesuai untuk memulakan kempen.

Hampir setiap ketika akan ada kenyataan daripada Rafizi sama ada memberikan penerangan mengenai hala tuju parti serta sumbangan gerak kerja untuk menang pada pilihan raya akan datang atau beliau mencabar Safuddin atau mereka yang menyokongnya untuk menyatakan sesuatu mengenai soalan-soalan yang ditanyanya.

Rafizi seolah-olah menyerang Saifuddin dengan pasukan secara bertubi-tubi. Malah beliau begitu dengan lancar dan kencang menggunakan laman sesawang AyuhMalaysianya menunjukkan visi dan misinya untuk menyelamatkan negara.

Terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR mungkin pro Saifuddin tetapi sehingga rencana ini ditulis masih tidak sebarang kenyataan rasmi daripada Saifuddin yang keluar dalam media.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Syed Badli Shah Syed Osman berkata kenyataan Rafizi yang mengegas calon=calon pemlilihan parti untuk menyatukan hala tuju parti sebagai tidak menepati adab berorganisasi dan konsep kerja berpasukan.

Tetapi tidak bermakna popular di media sosial beliau mendapat sokongan berjaya mempengaruhi ahli-ahli PKR itu sendiri. Ia bergantung kepada sejauh manakah gerak kerja meteka di peringkat pusat, cawangan, cabang dan negeri. Ia sebenar cabaran besar buat boleh terjun semual dalam dunia poliitk untuk membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang layak menang untuk kerusi Timbalan Presiden.

Buat masa ini Saifuddin dilihat masih tidak menggunakan media sosial secara rasmi sebagai strateginya dalam kempen pemilihan PKR di mana corak pendekatan beliau secara sederhana dengan strategi gerak kerja di akar umbi.

Rafizi bersetuju jika Sinar Harian menjadi penganjur utama kepada program debat antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beliau dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bahkan Rafizi mengemukakan beberapa formula bagi menyelesaikan krisis aliran tunai yang melanda syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia, Sapura Energy Bhd (SEB).

Rafizi adalah antara sosok yang lantang bersuara berkenaan kemelut kewangan yang dihadapi SEB dan turut bertegas menolak cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa kerajaan menyelamatkan SEB yang kini berdepan risiko muflis.

Adalah suatu perkara menarik untuk diteliti bahawa sejauh manakah media terutamanya media sosial dapat mempengaruhi ahli PKR untuk mengundi Rafizi.

Dan sekiranya Saifuddin menang, media hanyalah salah satu daripada faktor yang membawa kepada kemenangan Saifuddin kerana faktor lain seperti gerak dan jaringan kerja, pertemuan bersemuka, pengaruh pasukan dan tokoh-tokoh tertentu penting menentukan kemenangan dalam pemilihan peringkat parti.

Debat 11 Mei antara dua calon ini dalam program selama 90 minit akan menentukan kekuatan fakta dan hujah yang merupakan pilihan undian kepada lebih 1.2 juta ahli parti yang akan mengundi secara dalam talian atau fizikal pada 13 sehingga 22 Mei nanti.

Pertembungan Rafizi dan Saifuddin adalah pertembungan berasaskan demokrasi dalam PKR dan mereka adalah dua tokoh yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sedikit kehangatan antara dua calon dalam pemilihan kepimpinan PKR ini.

Namun PKR memerlukan lonjakan dan semangat baharu dalam menyingkir impak pertembungan Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi.