Pengasas Pas kawasan di Kedah sertai Amanah

Pengasas Pas kawasan di Kedah sertai Amanah

Pengasas Pas kawasan Singkir, Kedah pada tahun 1955 membuat keputusan meninggalkan Pas dan menyertai Amanah.

Singkir terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Guar chempedak, Jerai.

Hamid Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Mid, 79 membuat keputusan itu kerana kecewa terhadap tindakan pimpinan Pas hari ini yang mengubah halatuju perjuangan.

Semalam, beliau menyimpan sijil keahlian Pas yang diperoleh pada tahun 1963 selepas menerima sijil keahlian Amanah daripada Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh.

Pak Su Mid menyimpan sijl keahlian Pas yang disimpannya sejak tahun 1963 di dalam plastik

Beliau berkata, muktamar Pas Ke-63 di Kota Sarang Semut baru-baru ini telah menjelaskan segala-galanya.

“Pas telah memutuskan hubungan dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan dan pada masa yang sama bersikap sangat lunak dengan Umno-BN.

“Inilah yang Pak Su tak boleh terima,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)