Malaysia Dateline

Pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank sedang diusahakan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pihak pembangkang sedang mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat.

Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan berkata, pengecualian bayaran faedah tersebut untuk tempoh tiga bulan pada suku keempat tahun ini.

“Saya tekankan kepada menteri-menteri, wang yang kita suntik kepada rakyat, sebahagian besar akan diguna untuk membayar hutang. Jadi, kedudukan keluarga, kesihatan, makanan dan pendidikan akan terjejas.

“Sebab itu kita kaitkan peruntukan dana supaya tidak menggunakan wang itu untuk membayar hutang bank sehingga akhir 2021,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.