Malaysia Dateline

Tauke sarung tangan getah rugi RM25 bilion sejak Covid-19 mula mereda

Pengeluar sarung tangan getah Malaysia yang tersenarai antara 50 teratas negara terkaya mengalami kemerosotan hasil jualannya selepas kebimbangan orang ramai terhadap Covid-19 mula mereda sehingga memberi kesan kepada permintaan global.

Jumlah kekayaan pengasas lima syarikat terbesar dalam industri itu di negara ini dilaporkan jatuh sebanyak RM25 bilion dalam tempoh setahun.

Menurut Forbes, kekayaan tauke pengeluar alatan perlindungan diri merosot sejak tahun lepas dan menyebabkan saham syarikat mereka semakin menjatuh.

Kekayaan Kuan Kam Hon dari Hartalega Holdings (RM8.3 bilion), berada di kedudukan ke-11 dalam senarai 50 Terbaik Forbes edisi Malaysia. Manakala Tan Sri Lim Wee Chai dari Top Glove (RM6.16 bilion), di tangga ke-14, jatuh paling banyak di AS terma dolar, kata Forbes dalam satu kenyataan.

Pasangan suami isteri daripada Supermax Corporation Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dan Datin Seri Cheryl Tan pula menyaksikan peratus kemerosotan terbesar, apabila nilai kekayaan mereka menguncup lebih daripada dua pertiga kepada AS$340 juta (RM1.5 bilion).

Nilai kekayaan lima syarikat sarung tangan terbesar, termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries Bhd dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings Limited jatuh lebih daripada AS$5.7 bilion (RM25 bilion).

Untuk rekod, kekayaan taikun dalam senarai 50 terkaya Malaysia 2022 Forbes turun 10 peratus berbanding setahun lalu kepada AS$80.5 bilion (kira-kira RM354 bilion), dengan 30 dalam senarai mengalami penurunan kekayaan mereka.

Baca juga: Tambah baik sistem keadilan jenayah, kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

Baca juga: Kerajaan BN kerajaan cap ayam, tidak wajar diberi peluang sekali lagi