Malaysia Dateline

Pengeluaran penuh usia 55 tahun kekal

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan ringkas hari ini menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran penuh 55 tahun.

KWSP juga mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam akaun 1 dan 2 KWSP daripada usia 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

“Ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain”.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.