Pengemis siap pakai bulu mata dan warna kuku, netizen pula rasa lebih susah daripada dia

Oleh KIM SYAZIE

Umum tahu pengemis ini selalunya meminta wang kerana ketiadaan duit untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Namun wanita ini tampak sihat malah siap mengenakan bulu mata palsu dan kuku juga kelihatan cantik dengan warna.

Jadi pastinya yang ingin menderma juga bimbang duit digunakan untuk tujuan mencantikkan diri dan bukan untuk perkara yang sepatutnya.

Pengguna TikTok menggunakan akaun @@lisadewiwod memuat naik video wanita yang dikatakan pengemis tapi mampu menambah bulu mata palsu dan mewarna kuku.

Melihat situasi wanita tersebut, netizen pula melihat diri mereka lebih susah kerana tidak mampu melakukan hal tersebut.

“Saya lagi tak mampu daripada dia, nak buat hias kuku pun berkira duit nak guna untuk benda lain,” kata pengguna @Pinkpanther.

“Banyak kali dah jumpa yang macam ini. Kening lukis tebal, dengan blusher nya lagi.

“Bila orang tak bagi (derma) dia jeling,” tambah pengguna lain.

Kadangkala risau pengemis zaman sekarang ini bukanlah susah mana tapi sebenarnya malas bekerja sampai perkara kecil pun perlu bergantung dengan orang.

Baca juga: Asyik berbalas ‘k’ dengan penghantar FoodPanda, rupanya ada sebab kenapa rider kena reply