Malaysia Dateline

Pengerusi AMANAH Miri meninggal dunia akibat COVID-19

Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi AMANAH Kawasan Miri, Yeo Kian Leong yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 petang semalam.

“Dengan dukacita, saya ingin memaklumkan kepada semua, saudara Yeo Kian Leong telah meninggal dunia pada pukul 6.22 petang semalam akibat jangkitan covid19.

” Beliau merupakan Pengerusi AMANAH Kawasan Miri dan antara orang terawal menyertai parti ketika penubuhan AMANAH Sarawak,”, kata Timbalan Pengerusi AMANAH Sarawak, Hud Andri Zulkarnaen hari ini.

Sehubungan itu, katanya AMANAH Sarawak berasa amat sedih atas pemergian mending Yeo yang tanpa diduga malah kehilangannya juga satu kehilangan besar buat AMANAH Sarawak.

” May you Rest in Peace my friend, You are always in our Heart and Mind,” tambah Hud Andri.