Pengerusi AMANAH Sabah bantu penuntut Amerika

Sesuai dengan slogan AMANAH iaitu Progresif, Peduli dan Amanah, kerja-kerja membantu insan yang memerlukan pertolongan tidak terbatas kepada warga Malaysia sahaja.

Pengerusi AMANAH Sabah, Hamzah Abdullah berkata demikian ketika berkongsikan pengalamannya membantu seorang calon PhD dari Maryland, California yang menjalankan penyelidikan mengenai hidupan liar di Kinabatangan.

Menurutnya, David Kurz memerlukan penggunaan pelancar ‘suspended net gun’ untuk menangkap babi hutan bagi tujuan diletakkan kolar sistem penentu kedudukan global (GPS) dalam mengkaji pergerakkan haiwan tersebut.

Sehubungan itu, Hamzah membantu menyiapkan permohonan untuk pemegang biasiswa Fullbright itu serta menjadi saksi pada surat penerimaan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Kerja-kerja membantu ini sebenarnya melewati ras dan agama serta sempadan negara.

“David dalam satu mesej Whattsapp kepada saya telah mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan,” beritahunya kepada Malaysia Dateline hari ini.

 

CATEGORIES
TAGS