Malaysia Dateline

Pengerusi Finas pula positif Covid-19

Selepas Menteri Komunikasi dan isterinya, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid pula disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan pada 3 Mei 2021.

Sehubungan itu, beliau akan menjalani tempoh kuarantin berdasarkan saranan dan pemantauan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sepanjang tempoh rawatan beliau, segala urusan dan pengoperasian Finas akan terus berjalan seperti biasa.

Menurut kenyataan dari FINAS, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini.