Malaysia Dateline

Pengerusi KPK wajar letak jawatan, kata Husam

 

Pengerusi Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan sekali lagi di mahkamah tinggi Kota Bharu semalam.

Adun Salor, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya semalam berkata adalah pelik jika tiada pihak yang mahu bertanggungjawab menghadapi situasi ini.

.”Saya tidak tahu samada pengerusi dan ahli lembaga pengarah KPK berkaitan masih ingin memegang atau meletakkan jawatan mereka,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam mengarahkan KPK (Kompleks Perkayuan Kelantan) membayar RM 5,012,104.10 kepada AS Timber Trading. Kes NO : 22-NCvC-8-02/2015.

Bagi Husam beliau tidak pasti KPK mempunyai kemampuan membayar ganti rugi ini jika ia memutuskan untuk tidak merayu.

“KPK mempunyai masa 30 hari untuk merayu atas keputusan itu.

“Apa pun, ia merugikan rakyat Kelantan,” katanya.

Jika lembaga pengarah KPK meletak jawatan katanya, ia akan memberi imej positif kepada pihak kerajaan negeri.

“Sekurang-kurang MB dan Pas Kelantan dilihat mengambil iktibar atas kelemahan KPK dan bertindak sewajarnya.

“Jika tidak, taring mereka sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga kelihatan begitu digeruni,” katanya.