Pengerusi LKIM bergotong royong bersama golongan nelayan di Kuala Jerlun

Pengerusi LKIM bergotong royong bersama golongan nelayan di Kuala Jerlun
Faiz bersama para nelayan di Kuala Jerlun, Kedah semalam.

Walaupun begitu sibuk dengan pelbagai tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan, ia tidak menghalang Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),Muhammad Faiz Fadzil untuk turun padang bersama-sama golongan nelayan.

Ini terbukti apabila Faiz yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH bergotong royong bagi membersihkan jeti nelayan di Kuala Jerlun, Kedah.

Tidak setakat itu, ia juga bersama-sama membantu untuk membina bilik air baru rumah salah seorang nelayan daif yang memerlukan dokongan masyarakat setempat.

Mengibarkan Jalur Gemilang bersama para nelayan Kuala Jerlun, Kedah.

 

Malah Faiz juga mengambil kesempatan bersama dengan keluarga nelayan dalam program kibar Jalur Gemilang di Kuala Jerlun, Kedah semalam.

Bagi beliau, segala tanggungjawab yang telah diamanahkan akan tetap menjadi tugas yang perlu dipikul tanpa keluh kesah maupun penat dan lelah.

Yang pasti baginya, setiap kepincangan dan kelompongan yang ada harus diatasi dengan sebaik mungkin supaya ia tidak melarat dan merencatkan segala perancangan.

“Pelbagai program dan aktiviti dijalankan bersama keluarga nelayan yang juga merangkumi sukaneka, peraduan melukis kanak-kanak serta pertandingan memasak.

“Selain itu turut diadakan ialah penerangan mengenai ‘fishing identification system’ atau FIS.

“Sumbangan dana serta peralatan bagi kegunaan nelayan seperti jala dan jaket keselamatan juga diberikan pada majlis yang diadakan semalam, ” tegasnya.

Disamping itu kata Faiz, program juga dipenuhi dengan perarakan Jalur Gemilang oleh bot-bot nelayan pada hari tersebut.

Turun padang membantu dalam program gotong royong bersama nelayan di Kuala Jerlun, Kedah, semalam.