Pengerusi PAC dicabar jelaskan dakwaan Najib bebas daripada skandal 1MDB

Pengerusi PAC dicabar jelaskan dakwaan Najib bebas daripada skandal 1MDB

Lim Kit Siang

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam kenyataannya semalam berkata beliau tercengang dengan dakwaan tidak berasas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku berhubung 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Najib katanya mendakwa, laporan mengenai 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati beliau tidak dikaitkan dengan sebarang salah laku.

“Saya percaya bahawa adalah saya salah seorang daripada beberapa Ahli Parlimen yang membaca keseluruhan laporan PAC mengenai 1MDB itu, tetapi saya tidak menemui mana-mana bahagian yang menolak Najib terlibat dengan skandal 1MDB.

“Adakah saya membaca laporan yang salah?” kata beliau.

Sehubungan itu, pemimpin veteran DAP itu mencabar Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin atau mana-mana anggota PAC untuk menjelaskan dakwaan Najib itu.

“Sekiranya Pengerusi PAC atau mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak bersedia untuk berbuat demikian, kita akan melihat dakwaan Najib itu sebagai palsu, dan ia menjadi Berita Palsu No 1 di negara ini,” tambah beliau.

Ujar beliau lagi, DAP akan menganjurkan forum berkaitan perkara ini di seluruh negara dan Najib dijemput hadir pada setiap forum yang bakal diadakan atau menghantar wakil beliau.

7.8
OVERALL SCORE
4 user votes x 9.8
CATEGORIES