Penggantungan Annuar tak jejaskan The Red Warrriors

Penggantungan Annuar tak jejaskan The Red Warrriors

Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) tidak menjejaskan pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW) dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Ismail Md Noor berkata tindakan terhadap Annuar yang juga penasihat Kafa itu juga tidak menjejaskan penajaan kepada pasukan berkenaan.

“Malah, persiapan TRW untuk menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Sabtu ini, juga tidak terjejas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ismail berkata pihaknya menghormati keputusan Mara itu yang bertujuan memberi peluang dan ruang kepada penyiasatan secara telus.

Mara semalam menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi PMB berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan berkata penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan TRW.

TAGS