Pengguna jalan raya ajar menteri amalkan apa yang dicakap

 

Catatan Fadzil di facebook pada 15 Disember, jam 7.35 malam itu kemudiannya mendapat lebih 21,000 tanda ‘like’ dan hampir 1,000 komentar setakat petang ini.“Kami nak suruh menteri amalkan apa yang menteri cakap hari itu pada rakyat. Kalau tak nak bayar tol dan elak jammed, sila bangun pagi. Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jammed, hangpa (kamu semua) bangun pagi atau balik kerja lewatlah tak pun naik pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.”

Itu luahan hati selamba daripada pengguna jalan raya, Fadzil Khairi ketika menuju ke Sri Petaling dalam catatan di Facebook beliau yang menjadi viral di media sosial sejak 15 Disember lalu berkenaan keengganannya serta pemandu lain baru-baru ini memberi laluan kepada kereta yang dinaiki orang kenamaan.

Walaupun sepasukan polis trafik bermotosikal mengarahkan mereka berbuat demikian, Fadzil memberitahu sikap tidak peduli pengguna jalan raya ketika itu menyebabkan kereta yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat akur dengan keadaan.

“Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya.

“Saya melihat nombor plat, kereta rasmi Pok Jib (Najib) rupanya. Apa yg best, saya ingat saya seorang saja tak bagi laluan, rupanya semua kereta depan saya pun buat bodoh dengan polis trafik tersebut sehingga polis kelihatan kalut tak tahu nak buat apa apabila kereta-kereta buat bodoh tak nak bagi laluan,” ceritanya.

Catatan Fadzil pada 15 Disember, jam 7.35 malam itu kemudiannya mendapat lebih 21,000 tanda ‘like’ dan hampir 1,000 komentar setakat petang ini.

Memberitahu beliau dan pengguna jalan raya lain bukan bertindak protes atau memarahi polis yang menjalankan tugas, Fadzil menganggap sikap mereka itu sebagai kejayaan buat rakyat negara ini.

“Syabas rakyat malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Tak teringat pula nak snap gambar polis dan kereta Pok Jib tu yang kelihatan tak tentu arah tak dapat lolos dari jammed,” ujarnya lagi yang mengakui teruja dengan situasi yang jarang-jarang dilihat itu.

Ekoran kenaikan kadar tol, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada November lalu menyarankan pengguna jalan raya memilih jalan alternatif sekaligus mengundang reaksi tidak puas hati rakyat.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN itu menggesa supaya rakyat bangun lebih awal dan merancang perjalanan dengan turun sehingga 20 minit lebih awal untuk ke tempat kerja jika mahu mengelak daripada dikenakan tol.

TAGS