Malaysia Dateline

Pengguna lebuhraya lingkaran luar- BORR mahu stesen minyak beroperasi

Pelbagai pihak menzahirkan kekecewaan atas penutupan satu-satunya stesen minyak tepi pantai dalam negara ini.

Alina Mohd Hashim

Stesen minyak Shell yang beroperasi di Lingkaran Luar Butterworth atau BORR, Bagan Ajam, merupakan satu-satunya stesen minyak yang bersebelahan dengan pantai dan memudahkan pengguna setiap hari.

Lebih mendukacitakan penduduk dan pengguna apabila ianya sudah tidak beroperasi dan menjadi tanda tanya kepada pengguna termasuk kenderaan berat seperti bas ekspres dan lori yang berulang alik menuju Utara seperti Kedah dan Perlis.

Salah seorang pengguna yang ditemui, Alina Mohd Hashim berkata, penutupan stesen ini menyukarkan penduduk yang sering berulang alik menggunakan lebuh raya tersebut.

“Kawasan ini amat strategik kerana bersebelahan dengan pantai dan menjadi tumpuan penduduk dan orang ramai sehingga ke lewat malam.

“Dengan penutupan stesen minyak tersebut, ia menyusahkan kami yang sering berulang-alik menggunakan laluan lebuh raya ini.

“Sepatutnya ia terus beroperasi kerana laluan ini adalah laluan yang mudah bagi penduduk untuk membawa keluarga termasuk anak-anak ke pantai bersebelahan, ” jelasnya ketika ditemui semalam.

Manakala pelajar institusi pengajian tinggi, Nashrizman Nasharudin yang ditemui juga melahirkan rasa kesal setelah stesen tersebut tidaka beroperasi dalam tempoh yang agak lama.

“Boleh dikatakan setiap petang sehingga ke malam rartusan anak muda yang menggunakan motosikal dan kereta menjadikan tempat ini sebagai kawasan istirehat.

(kiri) Nashrisman Nasharuddin dan (kanan)  Ikhmal Shazwan Ahmad Tarmizi

“Dengan adanya stesen minyak tersebut amat memudahkan, namun begitu apabila ia tidak beroperasi amat menyusahkan penduduk terlibat dan pengguna yang sering menggunakan lebuh raya ini.

“Lebih baik ianya beroperasi semua dengan segera kerana sekiranya dibiarkan kosong, sudah pasti banyak vandalisma akan berlaku dan kerosakan yang lain jika terus dibiarkan, ” tegasnya.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang juga pengguna lebuh raya tersebut yang ditemui, Ikhmal Shazwan Ahmad Tarmizi pula meminta supaya stesen minyak tersebut beroperasi dengan segera.

“Apabila ia tidak beroperasi banyak kesukaran dihadapi oleh pengguna termasuklah kami yang berulang-alik menggunakan lebuh raya ini untuk ke tempat kerja.

“Pihak yang bertanggungjawab harus juga peka dengan suara dan luahan kami kerana ia banyak menyukarkan penduduk serta pengguna.

“Oleh kerana itu ianya harus segera beroperasi sebagai salah satu khidmat kepada masyarakat yang mesti diberi perhatian serius khususnya ribuan penduduk sekitar kawasan berdekatan pantai ini, ” tambah beliau.

Tinjauan yang dibuat mendapati stesen tersebut sunyi umpama tiada penghuni dan boleh menjadi tempat lepak dan tumpuan mat rempit setiap malam seandainya terus dibiarkan terbiar tanpa operasi.