Malaysia Dateline

Pengguna Twitter ghairah sambut permintaan agar Pas diterima

Permohonan lidah rasmi Pas, Harakahdaily melalui Twitter agar parti itu diberikan peluang sebagaimana pemain bolasepak Mesir, Mohamed Salah disambut dengan penuh ghairah oleh pengguna media sosial itu.

Yang paling banyak adalah mengutuk Pas dan media rasminya itu dengan pelbagai perkara yang berlaku di atas dunia ini termasuk menunggang pemain bolasepak Mesir itu.

“Gila ni ada macam-macam gila. Tapi gila macam ni lain macam sungguh pergi dia, gila jawatan tapi tak layak…tak cukup dengan tunggang agama…dengan Salah pun dia tunggang sama,” tulis Pak Abu @abukitol ketika menjawab @harakahdailyHD.

Harakahdaily menulis, “Berilah peluang kepada Pas sebagaimana liga Eropah akhirnya mengkagumi Salah” sambil meletakkan gambar pemain bola sepak Mesir itu bersama bendera Pas.

Kicauan ini dibuat berdasarkan satu tulisan bertajuk “Arak:Pas dan Mohamed Salah” yang ditulis oleh Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak.

Marina Ibrahim @Marina_Ibrahims pula menulis, “Bagi duit pun kau lantak beli Mercedes, ni kau minta nak diberikan peluang?”

Ben:ibrahim pula menyerang Pas dengan mengaitkan isu penebangan balak yang tidak terkawal di Kelantan sehingga menyebabkan satu air terjun yang cantik di Kuala Krai bertukar menjadi air terjun teh tarik.

“Patutlah berlumpur air terjun Kuala Krai. Potong balak pokok berduri rupanya,” tulis beliau sambil mengepil gambar dua suasana air terjun itu.