Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Penghantar bungkusan simbah asid kepada anggota polis
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang menyamar sebagai penghantar bungkusan menyimbah asid kepada mangsa dalam satu kejadian di Kuantan.

Penghantar bungkusan simbah asid kepada anggota polis

BernamaFebruary 26, 2020 7:23 am




Seorang anggota polis melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid di depan rumahnya di Indera Mahkota pada Isnin, oleh lelaki yang berpura-pura menghantar bungkusan hamper kepadanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamad Noor Yusof Ali berkata Sarjan Kamarul Zaharin Abdullah, 51, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri dan sedikit di muka.

“Suspek yang menunggang motosikal memanggil mangsa keluar untuk mengambil hamper sekitar 6.10 petang, sebelum bertindak menyimbah cecair ke arah mangsa yang hendak masuk semula ke dalam rumah.

“Kita percaya itu merupakan kali ke-2 suspek mencari mangsa, kerana dia dilihat menekan loceng rumah mangsa beberapa jam sebelum itu, namun mangsa dan keluarganya tiada di rumah ketika itu,” katanya kepada pemberita, pada Selasa.

Mohamad Noor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Abd Jalil Hassan semasa dihubungi Bernama berkata mangsa kini dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan berada dalam keadaan stabil.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production