Penghinaan terhadap institusi Diraja tidak boleh dipandang ringan, kata Tengku Hassanal

Penghinaan terhadap institusi Diraja tidak boleh dipandang ringan, kata Tengku Hassanal

Penghinaan terhadap institusi diraja tidak sepatutnya berlaku untuk sebuah negara yang mengamalkan Sistem Raja Perlembagaan yang meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi khususnya dalam hal ehwal agama Islam.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah baginda amat terkesan terhadap perbuatan pihak tertentu yang menghina institusi diraja baru-baru ini dan ia tidak seharusnya dipandang ringan.

“Perbuatan itu wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang untuk memastikan martabat institusi raja terus dihormati oleh semua pihak,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja Pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Pahang Ke-14 di sini hari ini.

Dalam masa yang sama baginda juga turut melahirkan kebimbangan terhadap sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang bersikap seolah-olah mencabar kesucian agama Islam di negara ini.- BERNAMA