Tindakan seorang penghuni flat yang selamba membiarkan timbunan barang-barang terpakai memenuhi laluan koridor, mengundang kecaman ramai.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @Aidilsundae, pemilik rumah itu juga dikatakan tidak ‘segan silu’ melonggokkan barangan di hadapan rumah jiran yang lain sehingga mengganggu laluan.
Malah, disebabkan longgokan barang-barang memenuhi ruang koridor, penduduk terpaksa menggunakan jalan yang jauh untuk menaiki lif.
Difahamkan, flat itu terletak di Petaling Jaya, Selangor.
“Aku tak tahulah ni rumah ke, tempat penyimpanan sampah. Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul, sampai susah nak jalan. Kau kena pusing satu round floor untuk naik lif. Menyusahkan betul.
“Kotor gila weyh tempat ni. Aku tak tahulah dia ada penyakit apa sampai kumpul segala jenis barang dekat luar rumah dia. Sampai sebelah sebelah rumah pun dia main letak barang dia,” ciapnya.
Menurut Aidil, laporan pernah dibuat namun pemilik rumah tetap berdegil dan tidak menghiraukan aduan penduduk sekitar.
Laporan kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga (MPPJ) pernah dibuat, namun tiada apa yang berubah.
“Sebenarnya, kakak aku pernah buat aduan. Tapi masih jalan jalan. Pemilik rumah buat tegak je. Pentingkan diri! geram.
“MPPJ pun akak aku pernah buat laporan. Pengurusan flat ini? Tak jalan juga. Tak fahamlah,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam mentaliti pemilik berkenaan yang pentingkan diri sehingga menyusahkan orang lain.
Mereka juga mengaitkan sikap suka menyimpan barang-barang yang tidak boleh digunakan ini sebagai mempunyai masalah mental.
Baca juga: Dakwa zakat sengaja tarik bantuan, rupanya asnaf suka buat perangai, 7 kali dihalau tuan rumah