Pengiktirafan buat Ketua Pembangkang Dun Johor disediakan pejabat

Pengiktirafan buat Ketua Pembangkang Dun Johor disediakan pejabat

Hari kedua sidang Dewan Negeri (Dun) Johor telah menyaksikan sejarah baharu terlakar apabila Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ir Hasni Mohammad (gambar atas) diberikan pengiktirafan yang mana sebelum ini tidak pernah diperolehi oleh ketua pembangkang di Dun berkenaan.

Dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini, Speaker Dun Johor,Suhaizan Kaiat telah mengumumkan pemberian pejabat khusus kepada Ketua Pembangkang Dun Johor.

Ketika dihubungi Suhaizan menyatakan bahawa perkara itu adalah bertepatan dengan janji Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang mengiktiraf ketua pembangkang di Dun Johor.

Suhaizan Kaiat

Suhaizan Kaiat

“Dewan telah meluluskan pemberian pejabat khusus kepada ketua pembangkang Dun Johor dan elaun sebanyak RM3,000.00 kepada beliau.

“Perkara ini adalah sebuah sejarah baharu bagi Dun Johor di mana sebelum ini Dun Johor di bawah pimpinan terdahulu tidak pernah mengiktiraf ketua pembangkang.

“Sebelum ini kerajaan negeri juga telah melakar sejarah dengan memberikan kelulusan peruntukkan kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) pembangkang serta Adun Bebas.

“Inilah adalah suatu dinamik yang dilakukan oleh Dun Johor secara berperingkat dan hal ini adalah untuk mengimbangi suara yang ada di dalam dewan,” ujar Suhaizan.

Dalam pada masa yang sama, Suhaizan telah menjawab kenyataan dari ketua pembangkang Dun Johor yang mendakwa tindakan kerajaan negeri seperti melepas batuk di tangga kerana memberikan pejabat tanpa pekerja atau petugas.

“Ianya masih diperingkat awal namun kami telah memulakan langkah yang proaktif dengan memberikan pejabat kepada beliau.

“Pihak kami pun masih mencari petugas untuk beberapa tugas seperti pegawai penyelidik dan ia juga masih ditangguhkan.

“Usaha untuk mengadakan petugas kepada ketua pembangkang itu ada dan ia akan dicari. Namun buat masa ini jawatan itu masih tidak diisi dan kami akan membuat secara berperingkat,” kata Suhaizan lagi.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS