Pengkhianatan kuasa-kuasa besar terhadap rakyat Palestin

Oleh Oleh SENATOR HJH AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Apa yang terjadi di Palestin secara jelasnya bukan konflik atau perselisihan biasa, akan tetapi secara terang adalah perbuatan haram kaum Zionis Yahudi merampas tanah rakyat Palestin khususnya umat Islam selama lebih seratus tahun (104 tahun).

Sejak tahun 1933, sebahagian besar daripada 3 juta orang Yahudi dari Eropah Timur yang terselamat daripada menjadi mangsa holocaust regim Nazi (1933-1945), telah tiba ke Palestin untuk meneruskan kehidupan mereka.

Sejarah mencatatkan jumlah kaum Yahudi yang terbunuh akibat holocaust sepanjang pemerintahan Adolf Hitler adalah hampir mencecah 6 juta orang.

Penghijrahan kaum Yahudi untuk menyelamatkan diri ke Palestin ini telah turut dijayakan dengan adanya “British Mandate 1917” yang dihasilkan daripada Pengisytiharan Balfour.

Walau bagaimanapun, kaum Yahudi yang telah diselamatkan ke Palestin itu telah mula menghalau penduduk asal Arab Palestin sedikit demi sedikit sehinggalah kebanyakan tanah di Palestin akhirnya dikuasai kaum Yahudi berfahaman Zionis Israel sehinggalah ke hari ini.

Sebelum tahun 1948, kurang 6 peratus kawasan tanah di Palestin dimiliki oleh kaum Yahudi termasuk daripada kalangan rakyat Palestin itu sendiri, akan tetapi pada hari ini hampir keseluruhan negara Palestin dirampas secara paksa dan kejam oleh Zionis Yahudi (Yahudi Pendatang) bagi memenuhi cita-cita mereka membentuk sebuah “Yahudi Nation Home”.

Gerakan World Zionist Organisation (WZO) yang ditubuhkan pada tahun 1897 di  Bastle, Switzerland  dengan Theodore Herzl  sebagai Presiden pertama, adalah merupakan sebuah gerakan Yahudi Eropah yang membawa ideologi Zionisma, yang bercita-cita mendirikan sebuah negara untuk kaum Yahudi (Der Judenstaat) yang bertebaran di Eropah di atas tanah milik rakyat Palestin.

Ketika ini, kira-kira 42% daripada jumlah populasi Yahudi di seluruh dunia menetap di tanah Palestin yang dijajah , dan dinamakan sebagai Israel.

Kanak-kanak Palestin tidak terkecuali menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel.

Perbezaan Yahudi Dan Zionis

Yahudi berasal dari Bani Israel atau Ibrani dari Timur Tengah Purba. Mereka adalah golongan diaspora, iaitu hidup bertebaran di seluruh dunia tanpa sebuah negara tetap sejak sebelum masehi lagi. (Semua Bani Israel adalah Yahudi, tetapi bukan semua Yahudi adalah Bani Israel)

Antara kelompok entiti Yahudi ialah:
▪︎ tinggal di Timur Eropah yang dikenali sebagai Yahudi Ashkenazi;
▪︎ tinggal di Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal yang dikenali sebagai Yahudi Shepardi; dan
▪︎ tinggal di Timur Tengah yang dikenali sebagai Yahudi Mizrahi.

Golongan Yahudi banyak ditindas di barat terutama di Wilayah Eropah Timur kerana berpunca juga sebenarnya daripada sikap mereka sendiri. Justeru, bagi membela nasib golongan ini, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO).

Ideologi Zionis, Theodore Herzl ialah seorang Yahudi yang dipandang sebagai pencipta sejarah ideologi ekstrem nasionalis zionis. Dia dianggap pemimpin kaum Yahudi Ashkenazi, yang bercita-cita mendirikan negara haram Israel.

Kaum Yahudi yang setuju dengan gerakan tersebut memandangnya sebagai pahlawan dan terdapat juga kaum Yahudi yang menentang ideologi ini, seterusnya menuduhnya sebagai pengkhianat bagi ajaran agama Yahudiah (Yahuda a.s – asal keturunan Nabi Yaakub a.s, yang telag menerima Taurat daripada Musa a.s).

▪︎Hadith : 124,00 nabi, 313 berpangkat Rasul, 25 Rasul yang tercatat dalam al Qur’an, 5 daripada disebut sebagai Rasul Ulul azmi (Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad SAW)

▪︎Daripada 25 orang Rasul, hanya 4 daripada bangsa Arab iaitu Hud (Yemen), Soleh (Hijr), Syu’aib (Medyan) dan Muhammad SAW (Quraisy)

▪︎Nabi Daud dan Isa a.s paling banyak mendapat tentangan daripada Yahudi.

Yahudi sebenarnya bukanlah bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai AlLah. Terdapat kurang lebih 60 ayat al Quran yang berbicara langsung tentang Yahudi. Dua per tiga (2/3) daripada bani Israel adalah Yahudi)

Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah Nabi SAW ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan  At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukannya pujian.

Al-Quran menyebut Yahudi daripada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian baginda.

Beralihnya peristilahan al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini adalah kerana ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil (Yaakub a.s), namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama baginda.

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza (Yahuda a.s).

Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin Kerajaan Babylon yang telah mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.

Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi AlLah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka itu juga dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.

Sementara itu juga, banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam Al-Quran, apabila AlLah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, AlLah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila AlLah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka AlLah akan gunakan perkataan Bani Israel.

Israel terus melancarkan serangan ganas terhadap rakyat Palestin walaupun jelas merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Zionis Yahudi LaknatulLahi Alaih

Zionis pula adalah gelaran ke atas kumpulan orang-orang Yahudi yang beriman kepada fahaman Zionisme.

Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi.

Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/ Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang berada betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi.

Pergerakan kebangsaan dengan ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin.

Pergerakan Zionis Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya itu, Theodore Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut.

Modus operandi utama pergerakan ini adalah membawa masuk orang-orang  Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin.

Mereka merancang menggunakan apa sahaja cara, termasuk merampas tanah secara paksa (annexation) dan juga perjanjian politik dengan kuasa-kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin (occupation).

Mereka berusaha untuk menzioniskan atau meYahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Usaha pengYahudian Baitul Maqdis berterusan sehinggalah ke hari ini.

Sejarah Konflik Palestin – Negara Haram Israel

▪︎Yahudi telah dianiaya sepanjang sejarah kerana kepercayaan agama, sikap dan sifat mereka.

▪︎Pada tahun 1897, orang Yahudi memulai gerakan yang disebut gerakan Zionis Dunia, untuk melepaskan diri daripada penganiayaan dan menubuhkan negara mereka sendiri di tanah Palestin yang mereka dakwa sebagai tanah air nenek moyang mereka. Organisasi Zionis Dunia diciptakan untuk menganjurkan pembentukan tanah air Yahudi di Palestin.

▪︎Akibatnya, sebilangan besar orang Yahudi mulai berhijrah masuk ke Palestin dan mereka membeli tanah (pada awalnya) dan seterusnya mula menetap di sana.

▪︎Menjelang tahun 1916, Palestin berada di bawah kawalan Inggeris setelah Perjanjian Sykes-Picot (perjanjian rahsia antara Great Britain dan Perancis). Ini menyebabkan perpecahan Empayar Turki Uthmaniyah yang lama.

▪︎Kemudian melalui Pengisytiharan Balfour, Setiausaha Luar Britain, Arthur James Balfour yang berketurunan Yahudi telah bertindak mempermudahkan kemasukan kaum Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin bagi menjayakan hasrat dan cita-cita Organisasi Zionis Dunia.

▪︎Setelah Nazi mendapat kuasa di Jerman pada tahun 1930-an, kemasukan orang-orang Yahudi ke Palestin berlaku dengan jumlah yang besar (ratusan ribu), bergilir-gilir dan terancang mengikut gelombang. Orang Arab melihat ini sebagai ancaman terhadap tanah air mereka dan mengakibatkan tercetusnya beberapa ketegangan di antara penduduk asal Palestin dengan para pendatang Yahudi. Oleh kerana Kerajaan Inggeris tetap menjadi penonton bisu, keganasan mencapai puncaknya.

▪︎Pada tahun 1947, Kerajaan Britain mengemukakan persoalan mengenai masa depan Palestin kepada PBB. PBB memilih untuk membahagi tanah Palestin menjadi dua negara. Orang Yahudi menerima perjanjian itu dan sekaligus menggunakan kesempatan ini bagi mengisytiharkan kewujudan negara (haram) Israel.

Resolusi 181 PBB (November 1947)

Disebabkan sering berlaku pertelingkahan antara Zionis Yahudi dan Arab Palestin, PBB mula campurtangan.

Menerusi resolusi yang dibuat oleh PBB, bahawa kawalan Palestin dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

▪︎ 57% kawasan Arab Palestin;
▪︎ 43% untuk Yahudi ; dengan
▪︎ Jerusalem sebagai “corpus separatum” iaitu entiti yang berasingan yang akan dikawal terus oleh PBB.

Ini bermaksud wilayah Baitul Maqdis adalah terasing dan bebas dari pengaruh Yahudi Israel atau Arab Palestin dan ditadbir oleh badan antarabangsa, PBB.

Bantahan Negara-Negara Arab Terhadap Resolusi PBB

Negara-negara Arab lain termasuk Mesir, Jordan dan Syria membantah plan PBB tersebut, maka tercetuslah Perang Arab-Israel pada 15 Mei 1948 yang juga merupakan hari Israel mengisytiharkan  negara haram mereka.

Namun, negara-negara Arab ini tidak berperang dengan bersungguh dan akhirnya menerima syarat gencatan senjata dengan Israel pada Mac 1949. Hasilnya, Mesir memperolehi Gaza, Jordan mendapat Tebing Barat dan Jerusalem Timur.

Ini merupakan sempadan 1949 atau garisan hijau yang dianggap sempadan negara yang sah.

Perang Arab-Israel, Mei 1948 – Mac 1949

▪︎ Orang Arab melihat penciptaan Israel sebagai sebahagian daripada konspirasi terancang untuk memindahkan bangsa Arab keluar dari tanah mereka. Akibatnya, pada tahun 1948, negara-negara Arab Mesir, Jordan, Iraq, dan Syria mengisytiharkan perang terhadap Israel.

▪︎ Menarik di sini bahawa India contohnya menentang resolusi PBB dan Gandhi menyebutnya sebagai kejahatan terhadap kemanusiaan. Tetapi India kemudiannya telah mengiktiraf Israel pada tahun 1950.

▪︎ Pada akhir perang antara Zionis Israel dan negara-negara Arab, Zionis Israel beroleh kemenangan hasil bantuan peralatan ketenteraan yang canggih daripada kuasa-kuasa besar Barat yang menyokongnya. Hasilnya, Zionis Israel telah dapat mengembangkan jajahan wilayahnya ke tahap yang lebih besar dan ini menandakan permulaan ekspansi negara haram Zionis Israel.

▪︎ Sebagai akibat daripada peperangan ini juga, sebilangan besar penduduk Palestin telah melarikan diri atau dipaksa untuk berpindah meninggalkan tanah jajahan takluk Israel yang merupakan kampung dan bandar mereka (Palestin), dan  menetap di kem-kem pelarian berhampiran perbatasan Palestin-Israel. Ia adalah permulaan krisis pelarian Palestin yang akhirnya membawa kepada penubuhan sebuah  organisasi perjuangan rakyat Palestin iaitu PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) pada tahun 1964.

▪︎An Nakbah (Malapetaka) : 1948, Mei 15
▪︎530 kampung dan bandar dimusnah, 13,000 dibunuh and 750,000 diusir keluar

Perang Zionis Israel Terhadap Negara-Negara Arab (1967)

Pada tahun 1967, Zionis Israel melancarkan serangan awal ke atas Mesir, Syria, dan Jordan, dan pada akhir Perang Enam Hari ini, Israel merampas:

1)Dataran Tinggi Golan dari Syria.
2)Tebing Barat dan Jerusalem Timur dari Jordan.
3)Semenanjung Sinai dan Jalur Gaza dari Mesir. (Rujuk peta di bawah)

▪︎ Perang 1967 sangat penting untuk kita memahami konflik kemanusiaan di Palestin yang masih berterusan pada hari ini, kerana Zionis Israel telah menguasai Tebing Barat dan Jalur Gaza iaitu dua wilayah jajahan yang menjadi tempat tinggal sebahagian besar penduduk Palestin.

▪︎ Gaza dan Tebing Barat bersama-sama dikenali sebagai ‘Wilayah Pendudukan’, selepas perang 1967.

Resolusi 242 PBB (November 1967) “Tanah Untuk Perdamaian”

▪︎ Menerusi Piagam PBB 242, dinyatakan secara jelas dan tegas  bahawa tidak akan ada keuntungan wilayah daripada mana-mana peperangan, bahkan oleh negara yang bertindak untuk mempertahankan diri sekalipun.

▪︎ PBB mengeluarkan Resolusi 242 pada November 1967 “Tanah Untuk Perdamaian” dengan mengarahkan Israel berundur ke sempadan sebelum perang 1967, namun tidak diendahkan oleh bangsa Zionis Israel yang sombong ini.

▪︎ Perang Yom Kippur 1973: Akibat  keengganan Israel untuk patuh kepada Resolusi 242 PBB yang mengarahkan agar Zionis Israel  mengembalikan wilayah yang ditawan, perang Arab-Israel lain meletus pada tahun 1973 (perang Yom Kippur) pada bulan Ramadan  di mana Israel mengalami beberapa kekalahan. Mesir hampir menawan kembali Semenanjung Sinai. Namun tidak kesempatan kerana gencatan senjata yang diusulkan oleh pihak AS dan Soviet Union.

▪︎ Walaupun tidak berjaya merampas kembali kawasan Mesir yang ditawan Israel, perang ini hakikatnya telah menamatkan mitos bahawa Zionis Israel tidak dapat dikalahkan dan memaksa Zionis Israel berunding.

Zionis Israel Mengkhianati Pelan Damai Dan Arahan-Arahan PBB

▪︎ Perjanjian Camp David, 1978: Zionis Israel diarah memulangkan Semenanjung Sinai pada Mesir.

▪︎ Perjanjian Oslo 1993: Zionis Israel diarah memulangkan Gaza dan Tebing Barat kepada Palestin.

▪︎ Namun, Zionis Israel yang licik tidak mengikut perjanjian dan pelan damai tersebut, malah terus membina penempatan dan tembok pemisah haram di Tebing Barat, Palestin.

▪︎ Zionis Israel tidak mahu melepaskan Baitul Maqdis Timur (Jerusalem) kerana atas alasan agama.

▪︎ Zionis Israel juga tidak mahu melepaskan Bukit Golan  kerana alasan lokasi yang strategik.

Perjanjian Damai Israel-Mesir (Mac 1979) Dan Beberapa Perjanjian Damai Negara-Negara Arab Lain Bersama Negara Haram Israel

▪︎ Pada Mac tahun 1979, Israel-Mesir menandatangani perjanjian damai, dengan perjanjian itu maka Israel mengembalikan Semenanjung Sinai ke Mesir (1982).

▪︎ Mesir menjadi negara Arab pertama yang secara rasmi mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, diikuti kemudiannya oleh Jordan pada tahun 1994 (26 Oktober 1994).

▪︎ Seterusnya, kesan agenda Trump dalam “Deal of Century” dan “Normalization”, maka berlaku pula Abraham Accords Peace Agreement Israel-UAE, 13 August 2020 dan Israel-Bahrain, 15 September 2020.

▪︎ Difahamkan masih ada tiga lagi negara lain yang akan menyertai langkah perdamaian ini. Ia sesungguhnya adalah satu pengkhianatan terbesar terhadap perjuangan rakyat dan ummat ke arah pembebasan Palestin dan masjidil aqsa.

Hamas dan Fatah

▪︎ Pada tahun 1987, Hamas (gerakan Islam) untuk pembebasan Palestin melalui Jihad telah ditubuhkan. Pendirian Hamas adalah jelas dan tegas iaitu enggan mengiktiraf negara haram Israel. Hamas telah mendapat sokongan terbuka dari Iran dan Syria.

▪︎ Manakala, Fatah, yang juga merupakan parti politik dianggotai ramai kepimpinan PLO di bawah Yasser Arafat telah mendapat sokongan dari negara-negara Barat.

Intifada (Kebangkitan) Palestin Menentang Pendudukan Zionis Israel

▪︎ Intifada Pertama (1987): Ketegangan antara Zionis Israel dan Palestin meningkat dengan peningkatan penempatan Zionis Israel di Tebing Barat dan Jalur Gaza. Warga Palestin yang tinggal di Tebing Barat dan Jalur Gaza telah menggerakkan Intifada Palestin bermula pada tahun 1987, yang dikenali sebagai intifada pertama.

▪︎ Perjanjian Perdamaian Oslo, 13 Sept 1993 & Two State Solution: Dengan pengantaraan AS dan Rusia pada tahun 1993, Israel dan PLO menandatangani perjanjian Damai Oslo yang berdasarkan konsep penyelesaian dua negara. Palestin (PLO) dan Zionis Israel menandatangani Deklarasi Prinsip – di mana kedua-dua negara meminta pengiktirafan sebagai badan pemerintahan yang autonomi. PLO mengiktiraf Zionis lsrael, manakala Zionis Isreal bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada dua ‘wilayah yang diduduki’. Namun, wilayah tersebut sehingga kini  tetap berada di bawah jajahan takluk Zionis Israel.

▪︎ Kem Kemuncak David (2000): Ini bertujuan untuk membantu kedua-dua belah pihak akhirnya menyepakati penyelesaian, tetapi perbincangan akhirnya gagal. Kegagalan tersebut membawa kepada tercetusnya Intifada Kedua.

▪︎ Intifada Kedua (2000-2005): Pada tahun 2000, Kebangkitan Rakyat Palestin dengan jumlah yang lebih besar bermula, dan sebilangan besar orang awam mati di kedua-dua belah pihak. Ini dikenali sebagai intifada kedua. Sebagai langkah pertahanan, Israel membina tembok-tembok pemisah di Tebing Barat dan Jalur Gaza untuk memisahkan penempatan Zionis Israel dengan Palestin.

▪︎ Rancangan Pengusiran Gaza: Ini adalah rancangan pelucutan senjata unilateral oleh Zionis Israel di mana pasukan pertahanan Zionis Israel meninggalkan Jalur Gaza dan empat penempatan di Tebing Barat utara (2005) sebagai respon kepada Intifada Kedua.

Ketegangan antara Hamas dan Fatah

▪︎ Selepas Perjanjian Oslo 1993, sebuah Otoritas Palestin (Palestine Authority @ PA ) dibentuk dengan kekuatan pemerintahan sendiri yang terbatas di wilayah yang diduduki.

▪︎ Tetapi ini menyebabkan pertikaian di antara Hamas dan Fatah atas perbezaan pandangan dan strategi ke arah pembebasan Palestin.

▪︎ Pendirian Hamas: Jangan terima Perjanjian Damai Oslo dan Resolusi Dua Negara. Hamas mahukan seluruh Palestin dikembalikan kepada rakyat Palestin. Hamas sehingga kini menguasai Jalur Gaza dengan sokongan Iran.

▪︎ Pendirian Fatah: Terima Perjanjian Damai Oslo dan berunding untuk perdamaian. Fatah menguasai Tebing Barat.

▪︎ Pada tahun 2006, Hamas memenangi pilihan raya Palestin dan ia meningkatkan ketegangan antara Fatah dan Hamas untuk berkuasa dan membuat keputusan untuk kepentingan rakyat Palestin. Setelah perjuangan bersenjata yang panjang, pada tahun 2011, kedua-dua Fatah dan Hamas menandatangani Perjanjian Rekonsiliasi.

▪︎ Pada masa ini, Jalur Gaza dikendalikan oleh Hamas, manakala wilayah Tebing Barat Palestin di bawah kendalian Fatah dengan kehadiran penempatan Israel yang diketahui.

▪︎ Operasi Protective Edge: Perang Gaza 2014, juga dikenali sebagai Operation Protective Edge adalah operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel pada 8 Julai 2014 di Jalur Gaza yang diperintah Hamas berikutan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel oleh anggota Hamas. IDF melakukan Operasi Brother’s Keeper untuk menangkap pemimpin Hamas. Hamas pula menembakkan roket ke Israel dan konflik selama tujuh minggu berterusan tercetus. Ini adalah salah satu konflik paling mematikan antara Palestin dan Israel dalam beberapa dekad. Gabungan serangan udara Israel dan pengeboman darat dan serangan roket Palestin mengakibatkan ribuan kematian, yang sebahagian besarnya adalah warga Gaza.

Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin maut dalam serangan udara dilancarkan Israel dan bedilan roket oleh Palestin dalam konflik yang tercetus bulan lalu.

Konflik Zionis Israel-Palestin dan AS

▪︎ AS telah memainkan peranan penting sebagai orang tengah dalam konflik Zionis Israel-Palestin. Namun, kredibilitinya sebagai orang tengah yang adil telah lama dipersoalkan oleh rakyat Palestin sendiri.

▪︎ Amerika Syarikat juga telah dikritik oleh OIC (Organisasi Kerjasama Islam) dan organisasi-organisasi Arab lain, kerana sering  memveto kebanyakan keputusan Majlis Keselamatan PBB yang mengkritik tindakan-tindakan kejam Zionis Israel.

▪︎ Catatan: Amerika Syarikat mempunyai lebih ramai rakyat berketurunan Yahudi daripada Israel. Orang-orang Yahudi mempunyai kawalan penting terhadap media dan ekonomi AS.

▪︎ Zionis Israel juga menerima kira-kira $USD 3 bilion bantuan asing langsung setiap tahun, yang kira-kira seperlima daripada keseluruhan anggaran bantuan asing Amerika Syarikat.

▪︎ Pada sisi lain, Amerika Syarikat bersikap lantang tentang niatnya untuk memveto setiap usaha Palestin untuk bernegara. Palestin juga hanya diberikan status ‘pemerhati bukan anggota’ di dalam persidangan PBB.

▪︎ Pada penggal kedua pemerintahan Obama menyaksikan hubungan AS-Zionis Israel merosot. Kesepakatan Nuklear Iran pada tahun 2015 membuat Zionis Israel marah sekaligus mengkritik AS atas perjanjian itu.

▪︎ Pentadbiran Obama mengizinkan PBB meluluskan resolusi yang menyatakan penempatan Zionis Israel yang sedang berkembang di wilayah-wilayah jajahan (Tebing Barat dan Jalur Gaza) itu sebagai tidak sah. Sehingga suara itu, pemerintahan Obama telah menyekat resolusi yang mengkritik Israel dengan menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan PBB.

▪︎ Pentadbiran Trump pula dilihat lebih cenderung kepada Zionis Israel, dengan pendekatan “Deal Of Century” dan “Normalization”, dengan pengisytiharan Jerusalem sebagai ibu negara baharu Zionis Israel. Semua ini telah menambahkan ketegangan di dalam Palestin dan kemungkinan akan membawa kepada Intifada yang Ketiga khususnya di bawah pentadbiran PM Zionis Israel yang baharu, Naftali Bennet.

▪︎ Pentadbiran Joe Biden pula nampaknya masih meneruskan sikap dan ulah yang sama dalam isu-isu yang terkait konflik di Palestin.

Apa yang Palestin Mahukan?

1) Palestin mahu Zionis Israel menarik diri ke sempadan pra-1967 dan mengiktiraf negara Palestin yang merdeka di Tebing Barat dan Gaza.

2) Zionis Israel harus menghentikan semua pengembangan penempatan sebelum memulakan semula rundingan damai.

3) Palestin mahu pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan menjadi pelarian sejak tahun 1948 diberikan hak untuk kembali.

4) Palestin menginginkan Baitul Maqdis Timur sebagai Ibu Negara Palestin yang merdeka.

Apa yang Israel Mahukan?

1) Kedaulatan ke atas Jerusalem.

2) Pengiktirafan Israel sebagai Negara Yahudi. Untuk rekod, Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang diciptakan untuk komuniti agama.

3) Hak pengembalian pelarian Palestin hanya ke Palestin dan bukan ke Israel.

Apa Yang Istimewa Dengan Jerusalem?

Baitul Maqdis adalah kota yang merentasi sempadan dan tanah jajahan  Israel dengan penempatan milik Palestin di Tebing Barat. Lokasi tanah suci kepada penganut agama Yahudi, Kristian dan Islam. Justeru, Zionis Israel dan Palestin menjadikannya sebagai intipati utama penyelesaian bagi konflik Israel-Palestin.

Penyelesaian untuk Konflik Israel-Palestin

▪︎ Penyelesaian terbaik adalah mengiktiraf kemerdekaan Palestin sekurang-kurangnya bagi dua wilayah iaitu Tebing Barat dan Jalur Gaza.  Ia selari dengan apa yang menjadi hasrat Palestin dan dunia.

▪︎ Hak untuk kembali para pelarian perang untuk mendiami negara Palestin yang merdeka tanpa provokasi dan apa saja bentuk intimidasi daripada pihak Zionis Israel. Untuk rekod, United Nations Relief and Work Agency (UNRWA), badan PBB yang menguruskan kebajikan pelarian Palestin merekodkan lebih 6 juta rakyat Palestin telah menjadi pelarian.

▪︎ Peta Jalan Untuk Perdamaian:  Kesatuan Eropah, PBB, AS, dan Rusia pernah mengeluarkan satu rancangan/ peta jalan untuk perdamaian pada 30 April 2003, yang menggariskan jalur masa yang jelas untuk kemerdekaan negara Palestin. Semangat dan komitmen bagi memerdekakan negara Palestin ini sewajarnya diangkat semula secara tuntas dengan mengambil kira aspirasi, kedaulatan dan keadilan untuk rakyat Palestin.

▪︎ Pendemokrasian masyarakat Palestin di mana diiktirafnya kepimpinan berwibawa yang mendapat sokongan padu rakyat Palestin, dan siapapun mereka ini termasuklah jika sekiranya pihak itu adalah Hamas, maka ia wajib diiktiraf oleh semua pihak sebagai mewakili majoriti rakyat Palestin.

▪︎ Barangkali wajar dipertimbangkan tentang keperluan masa ini untuk menguruskan konflik ini sebagai konflik Israel-Arab dan bukannya hanya konflik Israel-Palestin. Seperti yang telah kita lihat, konflik ini sebenarnya tidak hanya membabitkan antara Israel dan Palestin tetapi juga dengan negara-negara Arab lain seperti Mesir, Jordan, Iran, Syria dll. Justeru, semuanya harus mengambil bahagian dalam rundingan dan perjanjian akhir harus diakui secara formal oleh masing-masing mereka bersama dengan Majlis Umum dan Majlis Keselamatan PBB.

▪︎ Sudah tiba masanya bagi masyarakat antarabangsa untuk segera mencari penyelesaian damai yang adil dan berkekalan untuk konflik paling sukar di dunia.

 

*SENATOR HJH AIMAN ATHIRAH AL JUNDI merupakan Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional, Parti Amanah Negara (AMANAH).