Malaysia Dateline

Penguatkuasaan, keazaman politik jamin kejayaan Pelan Antirasuah Nasional

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat matlamat Pelan Antirasuah Nasional sukar dicapai tanpa pengukuhan terhadap aspek penguatkuasaan.

Menurutnya, keazaman politik perlu bagi memastikan hasrat ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti tidak dasar kerajaan terdahulu.

“Pelan Antirasuah Nasional adalah langkah yang perlu dialu-alukan bagi membendung gejala rasuah daripada terus berleluaaa.

“Namun, pelan sahaja tidak memadai sekiranya tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih serius oleh pihak kerajaan.

“Sebelum ini banyak strategi telah untuk membasmikan rasuah. Namun, ternyata keazaman politik dan penguatkuasaan dilihat masih perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.

“Tanpa keazaman politik, penguatkuasaan dan kesedaran masyarakat yang ampuh dan menyeluruh masalah rasuah akan terus berlaku,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin, beliau berkata, rakyat perlu diyakini dengan usaha kerajaan memerangi rasuah.

“Kerajaan perlu lebih bekerja kuat untuk meyakinkan rakyat akan pelan ini, lebih-lebih lagi keyakinan rakyat menurun selepas banyak janji PH (Pakatan Harapan) masih belum dapat dilaksanakan,” ujar Dr. Awang lagi.