Pengukuhan Pakatan Harapan Johor agenda utama, AMANAH nilai tambah

Pengukuhan Pakatan Harapan  Johor agenda utama, AMANAH nilai tambah

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub bertekad untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) Johor selepas beliau memaklumkan berkenaan dengan strategi untuk menawan negeri itu.

Ketika dihubungi berkenaan dengan pandangan beliau selepas Konvensyen Parti Amanah Negara Sabtu lalu, beliau menyatakan peranan AMANAH adalah penting untuk membentuk PH Johor selain nilai tambah dari segi kepimpinan AMANAH Johor itu sendiri.

“Pengukuhan PH Johor itu mestilah menjadi agenda utama. Saya sendiri berazam untuk memaksimakan peranan AMANAH supaya kehadiran kita benar-benar dapat memberikan nilai tambah kepada imej serta penampilan dan juga kekuatan PH itu sendiri.

“Segala kepimpinan dalam AMANAH Johor akan dipastikan cemerlang dan saya yakin kepimpinan AMANAH Johor dapat merealisasikan kecemerlangan tersebut kerana barisan kepimpinan AMANAH Johor terdiri daripada orang yang berpengalaman serta mereka yang berkebolehan.

“AMANAH Johor akan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan yang mampu untuk mengatasi kepimpinan Umno di Johor dan ini penting untuk rakyat menjadi yakin bagi memberi mandat kepada kita pada Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya.

Selain itu, ketika ditanya apakah sudah tersedia calon yang mempunyai merit dalam barisan kepimpinan AMANAH Johor, beliau menyatakan penilaian itu masih lagi dipertimbangkan dan beliau turut bersetuju dengan perbahasan ucaptama dari wakil Johor Azam Mektar ketika membahaskan ucaptama Presiden ketika konvensyen berlansung.

“Kepimpinan AMANAH Johor sentiasa memberi ruang dan peluang kepada semua kepimpinan AMANAH yang diberikan amanah serta menjalankan amanah tersebut dengan baik maka itulah ukuran merit yang dimaksudkan.

“Selain itu, kemahiran, kepimpinan, kebolehan dan kepercayaan untuk mendekati masyarakat adalah ukuran merit yang kita maksudkan.

“Kita harus menampilkan kebolehupayaan kita untuk lebih luar biasa dalam menggerakkan kerja bagi mempromosi gerakan AMANAH dan PH di Johor ini,” ujar Salahuddin.

Dalam pada itu, Salahuddin juga menegaskan budaya politik sihat perlu diterapkan dalam setiap gerak kerja serta keputusan yang dibuat oleh PH di Johor dan menumpukan kepada kepimpinan yang kualiti sebagai pemimpin masa depan negeri Johor.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote