Pengundi awal lapor polis tidak dapat mengundi, nama telah digunakan

Salinan laporan polis yang dibuat Fadli.

 

Seorang pengundi awal membuat laporan polis semalam selepas beliau tidak dapat mengundi kerana nama beliau telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

Ahmad Fadli bin Zahar, 38, membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur selepas gagal membuang undi awal di Dewan Badminton Perkep, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Dalam laporan itu, Fadli berkata, beliau telah datang untuk membuang undi sebagaimana yang diarahkan pada jam 1 tengahari di situ.

Namun beliau diberitahu tidak boleh mengundi “kerana saya telah disahkan mengundi,” beritahu Fadli dalam laporan itu.

“Saya menunjukkan bukti di jari saya kepada pegawai tersebut bahawa tiada sebarang kesan dakwat kekal di jari saya.

“Pegawai SPR seorang lelaki Melayu telah mengambil kad pengenalan milik saya dan telah berbisik kepada saya untuk berbincang di luar dan menunggu semakan daripada pihak SPR,” katanya.

Selepas hampir dua jam menunggu, pegawai SPR berkenaan memberitahunya agar bersabar dan menunggu sehingga proses pengundian selesai.

Semekan beliau sekali lagi dengan pegawai SPR mendapati beliau tidak layak mengundi, kata Fadli dalam laporan polis yang dibuat paja jam 4.45 petang pada hari kejadian itu.

7.2
OVERALL SCORE
4 user votes x 9.0
CATEGORIES