Malaysia Dateline

Pengundi digesa tidak beri mandat kepada parti perasuah, kleptokrat

Semua pengundi digesa supaya tidak memberi mandat kepada parti perasuah dan kleptokrat menjelang 19 November ini. 

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Datuk Dr Roslan Ahmad ketika ditemui berkata, sejarah telah membuktikan bahawa parti perasuah bukanlah parti yang terbaik untuk diberi mandat bagi membela nasib rakyat. 

“Pakatan Harapan (PH) menawarkan pelbagai tawaran bagi membela nasib semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira fahaman ideologi politik maupun ras. 

“Yang pasti nasib rakyat harus menjadi prioriti dan bukannya memperjuangkan nasib individu atau kluster mahkamah yang sedang berada dalam kebimbangan serta terumbang-ambing antara fakta dan auta. 

“Begitu juga bagi Parlimen Tasek Gelugor serta semua parlimen yang ditandingi oleh PH, kita memberi keutamaan untuk membela nasib rakyat dan peluang ini harus direbut oleh rakyat khususnya golongan muda maupun undi 18,” ujar beliau. 

Tambahnya, jika pengundi tersilap pilih pada 19 November, adalah dibimbangi kleptokrasi akan bermaharajalela dan amalan rasuah akan berterusan dan sambung-menyambung sehinggakan dana rakyat menjadi perjuangan utama parti perasuah terbabit. 

Datuk Dr Roslan Ahmad (kanan sekali) ketika mengiringi calon AMANAH( PH) di Parlimen Pasek Gelugor pada Sabtu.