‘Pengundi hantu Melayu’ di Wangsa Maju tidak akan bantu kemenangan calon BN

‘Pengundi hantu Melayu’ di Wangsa Maju tidak akan  bantu  kemenangan calon BN

Kegusaran Barisan Nasional (BN) akan tewas di Wilayah Persekutuan terutama di kerusi sasaran mereka seperti di Wangsa Maju membawa kepada pemindahan dianggarkan 9,000 pengundi hantu majoritinya pengundi Melayu.

Perkara ini didedahkan calon P116 Wang Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang mendakwa, daripada risikan jentera parti telah berjaya mengesan 4,705 yang majoritinya adalah pengundi telah dipindahkan dari Parlimen Batu ke Wangsa Maju.

Bahkan dakwanya lagi terdapat pengakuan pengundi Melayu yang diberikan wang sejumlah RM80 dan RM100 sebagai ‘upah’ kerana
bersetuju untuk ditukarkan alamat rumah mereka ke Wangsa Maju, malah jentera parti turut merakamkan vide pengakuan dua
individu tersebut.

Terdapat juga pengundi tidak dimaklumkan terlebih dahulu tempat pembuangan undi mereka yang telah berpindah dari Parlimen Batu
ke Parlimen Wangsa Maju. Kebanyakan pengundi menyedarinya selepas membuat semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Di Wangsa Manu ini dikenalpasti seramai 4,705 pengundi yang telah berpindah alamat mengundi.Kebanyakan mereka pengundi kawasan Batu.

“Kita sudah pergi dari pintu ke pintu beberapa kawasan bertemu penduduk. Kita mendapati 1,429 adalah orang luar yang mana namanya tidak ada dalam senarai daftar pemilih tetapi alamatnya di kawasan Wangsa Maju,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Dr Tan Yee Kew ketika ceramah meganya bersama pimpinan Pakatan harapan yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad  dan pimpinan Pakatan Harapan di Jalan Gombak baru-baru ini.

Justeru katanya beliau telah membuat bantahan dan meminta semakan kehakiman terhadap 4,705 pengundi di Mahkamah Persekutuan
Jumaat lalu.

Walaupun isu pengundi hantu ini bukan isu baharu tetapi ujar  Dr Yee Kew kerajaan BN dan SPR sendiri tidak memberikan perhatian terhdap aduan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Harapan. Ditambah dengan media arus perdana yang tidak menjadikan berita pengundi hantu sebagai liputan utama berita mereka untuk menarik maklumbalas pihak berwajib.

“Umno semakin gusar dengan kehilangan kerusi Wangsa Maju pada dua penggal pilihan raya lalu.

“Pada PRU14 BN meletakkan calon Gerakan di Batu, Umno telah memindahkan semua pengundi Melayu ke Wangsa Maju untuk memberi sokongan kepada calon Umno yang dicadangkan sebelum itu adalah bekas penyandangnya Datuk Seri Shafei.

“Kita buat laporan dengan bukti dan kita ada buat siasatan di Batu. Ramai dipindahkan sama ada dalam pengetahuan pengundi atau tanpa pengetahuan pengundi.

“Saya dapati ramai serah kad pengenalan kepada Umno untuk sedia dipindahkan alamat tempat tinggal mereka semata-mata untuk menaikkan pemimpin Melayu di Wangsa Maju sebagaimana pemimpin Umno Bahagian jangkakan.

“Pengundi yang ditemubual oleh jentera parti, telah mengakui diberikan RM80 dan ada jirannya pula dapat RM100 untuk ubah alamat mengundi,” terangnya.

Sebahagian daripada  pengundi sekitar Wang Maju yang hadir pada ceramah perdana Pakatan Harapan yang diadakan di kawasan Lee Rubber di Jalan Gombak.

Pada PRU13, MCA ‘meminjamkan’ kerusi parti itu kepada Umno dengan mencalonkan Ketua Bahagiannya Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, yang kemudiannya tewas kepada Dr Tan Kee Kwong daripada PKR dengan majoriti 5,511 undi.

Sebelum itu pada PRU12, calon BN yang diwakili MCA Datuk Yew Teong Look tewas kepada calon PKR Wee Choo Keong dengan majoriti 150 undi.

Namun bagi PRU14 Umno menerima desakan pimpinan bahagian untuk menyenaraikan Mohd Shafei di Wangsa Maju, namun pucuk pimpinan Umno-BN mahu menyerahkan semula kepada MCA kerusi Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini adalah kerusi tradisi parti
berkenaan.

Sebagai pertukaran, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang ditandingi calon MCA pada PRU13, diserahkan kepada Umno.

Parlimen Wangsa Maju mempunyai 88,482 pengundi yang terdiri daripada 57 peratus Melayu, 21 peratus Cina dan 18 peratus India.

Pada hari pengundian 9 Mei nanti, Dr Yew Kew akan bertembung dengan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look dan Razali Tumiran AJK Pas Kawasan Wangsa Maju dari Pas.

Beliau secara peribadi menyakini dapat mengatasi dua calon BN dan Pas dari segi sokongan pengundi dan akan terus mengekalkan kerusi yang pernah disandang oleh Wee Choo Keong pada PRU13 lalu.

“Saya dapat lihat pada sokongan pengundi apabila ceramah perdana Pakatan Harapan yang diadakan di kawasan Lee Rubber di Jalan Gombak baru-baru ini.

“Ia selang sehari daripada ceramah yang dihadiri Datuk Seri Najib di Wangsa Maju yang jelas jumlah sokongan pengundi terhdap BN di sini berkurangan berbanding penhyokong Pakatan Harapan.

“Walaupun Najib menyebut nama saya kerana tidak membawa kad pengenalan ketika hari penamaan calon untuk memperkecilkan kebolehan calon Pakatan harapan semata-mata.

“Sedangan kad pengenalan bukanlah pra syarat kepada mana-mana calon yang akan bertanding kerana saya boleh guna lesen memandu atau pasport sebagai pengenalan diri.

“Insiden itu berlaku kerana pegawai yang menjaga pintu masuk tidak mahu menerima lesen memandu saya dan mereka menghalang saya kerana tiada kad pengenalan. Tetapi RO (Returning Officer) yang memahami undang-undang SPR akhirnya membenarkan saya
mendaftar sebagai calon.

“Takanlah Najib tidak faham peraturan dan syarat bagi seorang calon di hari penamaan atau beliau sengaja buat tidak tahu semata-mata untuk merendahkan-rendahkan calon dari Pakatan Harapan.

“Sebaliknya Najib ketika ceramahnya di Wangsa Maju masih lagi gagal untuk menerangkan kepada kelompok pengundi di sini mengenai isu-isu yang membelenggu dirinya dan BN selama ini,” terangnya.

Dr Tan Yee Kew adalah Bendari Agung PKR. Beliau telah meninggalkan MCA dan menyertai PKR pada 2008. Beliau adalah pernah menjadi Ahli Parlimen Klang selama 3 penggal, memenangi kerusi BN pada 1995, 1999 dan 2004.

Lautan penyokong di kalangan bukan Melayu jelas memberi sokongan padu kepada Pakatan Harapan di Wangsa Maju

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote